Kesihatan, Remaja

Bagaimana Untuk Para Remaja Menguruskan Stres Di Musim Peperiksaan

Oleh Natirah Azira  •  31 Oct 2019  •  4 min baca

Peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia sudah bermula beberapa minggu yang lalu. Mengikut jadual, fasa keduanya akan berakhir pada penghujung November nanti. Sudah pasti mereka yang menduduki peperiksaan ini sedang bertungkus lumus mempersiapkan diri bagi menghadapinya.

Sekalipun kalian sedang berada dalam situasi yang genting, penting untuk menguruskan tekanan yang dialami dengan sebaiknya. Dalam ruangan kali ini, pihak Tzkrh telah menyediakan 9 tips mudah yang boleh dilakukan bagi menguruskan stres di musim peperiksaan.

#1- Pastikan Meja Tulis Dan Bilik Tidur Dalam Keadaan Kemas

Persekitaran yang kotor dan tidak terurus juga dapat memberi kesan kepada minda tanpa sedar. Ia akan mendatangkan perasaan serabut dan rimas dalam masa yang sama mengurangkan kemampuan minda untuk fokus kepada perkara yang utama.

Asingkan benda-benda yang tidak diperlukan di atas meja belajar seperti kertas-kertas kotor, mainan adik, pengepit kuku, sikat dan lain-lain. Pastikan ruangan lain dalam bilik juga bersih dan terjaga.

#2- Memperuntukkan Masa Untuk Bersenam

Hanya berkurung di dalam bilik atau rumah untuk mengulang kaji pelajaran bukanlah hal yang bagus semasa musim peperiksaan. Anda perlu menyalurkan stres yang terkumpul dengan melakukan senaman dan memastikan badan berpeluh.

Anda boleh berjumpa rakan untuk bermain bola, badminton atau sukan lain, sekali seminggu bagi memastikan badan dan fikiran kekal sihat.

#3- Menguruskan Masa Dan Keperluan Diri Dengan Baik

Penting untuk anda mengetahui teknik dan cara yang betul untuk mengulang kaji pelajaran. Ambil masa untuk berehat setiap 40-50 minit ulang kaji bagi menyegarkan semula minda.

#4- Mengurangkan Penggunaan Telefon Pintar

Salah satu gangguan utama dalam kehidupan seharian adalah telefon pintar, lebih-lebih lagi jika ia hanya digunakan untuk tujuan hiburan. Kurangkan penggunaan telefon pintar ketika musim peperiksaan.

Hadkan melayari laman media sosial hanya kepada dua kali sehari, dan dalam tempoh yang singkat sahaja. Jika perlu, serahkan dahulu telefon pada ibu bapa bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada ulang kaji.

#5- Mendengar Muzik Yang Menenangkan

Muzik telah wujud sejak zaman lampau lagi, termasuklah dalam tamadun Islam. Muzik yang sesuai dapat memberikan kesan yang baik kepada minda.

Jika anda berasa stres dan ‘tersekat’, apa kata ambil masa 5-10 minit setiap hari untuk mendengar muzik yang menenangkan.

#6- Dapatkan Vitamin C

Kajian menunjukkan Vitamin C (acid ascorbic) dapat menurunkan tekanan darah dan juga hormon kortisol iaitu ‘hormon stres’. Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan kandungan Vitamin C seperti:

– Sayur brokoli
– Tomato
– Betik
– Oren
– Kiwi
– Jambu batu7.

#7- Tulis 3 Perkara Yang Membuatkan Anda Bersyukur Setiap Hari

Kajian menunjukkan bahawa bersyukur dapat menjadikan anda lebih gembira dalam jangka masa yang panjang. Selain daripada tenggelam dalam ‘peperangan peperiksaan’ yang sedang berlaku, syukuri juga pengalaman yang sedang dilalui.

Antara aktiviti yang dapat anda lakukan adalah dengan menulis catatan 3 perkara yang anda syukuri setiap hari.Elakkan Daripada Berfikir Tentang Subjek Yang Telah Dijawab Secara Berlebihan

#8- Minum Teh Atau Makan Coklat Gelap

Minuman teh sangat sinonim dalam mana-mana budaya termasuk di negara kita. Minum teh dapat menenangkan fikiran dan mengurangkan stres. Ketika sedang mengulang kaji pelajaran, anda boleh minum teh seperti teh hijau, teh pudina atau teh chamomile. Namun, teh ini perlu diminum asli dan tidak dicampur dengan susu atau gula.

Manakala dark chocolate atau coklat gelap mempunyai 70 peratus kandungan koko. Kajian menunjukkan makan dark chocolate dapat mengurangkan paras stres. Namun, tidak disarankan untuk mengambil lebih daripada 40 – 60 gram

#9- Dapatkan Tidur Yang Cukup Dan Berkualiti

Dengan mendapatkan tidur yang cukup dan berkualiti, ia dapat mengurangkan kesan stres yang dialami. Tetapkan waktu tidur dan bangun yang sama pada setiap hari. Elakkan mengulangkaji hingga lewat malam. Jauhkan juga peranti telefon pintar daripada tempat tidur, atau matikan ia sekurang-kurangnya 15-30 minit sebelum anda ingin tidur.

Semoga 9 tips yang disediakan ini sedikit sebanyak mampu membantu adik-adik di luar sana untuk kekal sihat dan bertenaga dari sudut emosi dan fizikal sepanjang musim peperiksaan. Selamat maju jaya!

Rujukan:

Dark Chocolate Takes Bite Out of Stress


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami