Gaya Hidup

Bagaimana Untuk Mempunyai Kemahiran Menyelesaikan Masalah (Problem-Solving)

Oleh Natirah Azira  •  20 Nov 2019  •  3 min baca

Kemahiran menyelesaikan masalah sentiasa diperlukan dalam kehidupan seharian, tidak kira dalam hal berkaitan pekerjaan, bersosial mahupun dalam hal-hal lain.

Seringkali apabila kita berhadapan dengan masalah yang tidak pernah dihadapi, minda kita seolah-olah tersekat dan tidak tahu untuk berbuat apa atau hendak bermula daripada mana. Di sini, Tzkrh menyenaraikan enam langkah atau peringatan yang boleh dipegang apabila anda ingin memperbaiki kemahiran ‘problem solving’.

#1- Usah Berhenti Menjadi Seorang Pelajar

“Just because something works, doesn’t mean that it cannot be improved”

Hanya kerana sesuatu itu berfungsi, tidak bermakna ia tidak boleh ditambah baik. Begitu lebih kurang kata-kata Letitia Wright yang memegang watak Shuri dalam filem Black Panther.

Kehidupan yang sentiasa berubah setiap hari memerlukan kita untuk sentiasa menjadi seseorang yang sentiasa ingin menambah baik apa yang kurang. Justeru, usah berhenti menjadi seorang pelajar kepada kehidupan.

#2- Jangan Mengambil Sesuatu Secara ‘Personal’

Kerap kali apabila tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan secara efisyen, kita cenderung untuk menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat ‘perform’. Kata-kata negatif mula dilemparkan kepada diri sendiri.

Awas, kerana kebiasaan sebegini dapat memberi impak yang buruk kepada bagaimana anda menguruskan masalah baru yang timbul pada masa hadapan. Cuba berhenti sejenak dan lihatlah masalah yang ada secara lebih objektif.

#3- Pastikan Anda Jelas Dengan Masalah Yang Ingin Diselesaikan

Sebelum menyelesaikan masalah, terlebih dahulu kita perlu jelas dengan masalah yang ingin diselesaikan – cabaran yang berkemungkinan datang, serta peluang yang ada untuk digunakan.

Jika anda peminat filem sains-fiksyen, anda mungkin menyukai The Martian. Ia sebuah cerita yang mengisahkan seorang angkasawan yang terperangkap berseorangan di planet Marikh kerana pasukannya mengira dia telah mati dalam insiden ribut di sana.

Tanpa sedar, dia sebenarnya terselamat dan akhirnya berusaha dengan segenap cara untuk pulang kembali ke bumi. Apa yang menarik, dia membuat perkiraan yang teliti tentang bilangan hari yang dia ada untuk kekal hidup dengan bekalan makanan yang ada, serta percubaan-percubaan yang perlu dilakukan walaupun kemungkinan untuk gagal juga ada.

#4- Dapatkan Pendapat Daripada Orang Lain

Jika fikiran anda sudah ‘tersekat’ dan terasa ‘beku’, apa kata mula berbincang dengan rakan-rakan atau orang lain untuk mendapatkan perspektif baru. Mungkin idea yang menarik boleh muncul daripada perbincangan tersebut, yang akhirnya dapat membantu anda menyelesaikan masalah dengan lebih efektif.

#5- Tukar Rutin

Kadang-kala, saat-saat anda mendapat inspirasi untuk menyelesaikan sesuatu masalah adalah apabila anda keluar daripada cara kebiasaan anda berfikir. Sesekali tukarlah rutin dan lihatlah daripada perspektif yang berbeza.

#6- Lihat Masalah Sebagai Satu Peluang Untuk Belajar

Seseorang pernah berkata bahawa,

“If you allow yourself to be burdened or frustrated by the problem, then you are less likely to come up with the best solution”

Jika anda membiarkan diri sendiri terbeban dan kecewa dengan masalah yang ada, maka besar kemungkinan anda tidak dapat berjumpa dengan jalan keluar yang terbaik.

Seseorang pernah berkata kepada saya bahawa apabila suatu usaha yang dilakukan tidak membuahkan hasil, itu tidak bermakna kita gagal, tetapi masih belum berjaya. Tukar ‘self-talk’ anda kepada suatu yang lebih positif.

Kesimpulan

Sesuatu kemahiran yang kita mahukan perlu diusahakan. Ia memerlukan latihan yang berterusan sebelum ia menjadi rutin atau tabiat yang kekal. Kita mungkin mencuba berkali-kali, dan belum berjaya, namun kita perlu bangkit kembali.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami