Wanita

Bagaimana Merawat Hati Yang Berduka Setelah Pemergian Suami

Oleh Fieyzah Lee  •  24 Oct 2019  •  3 min baca

Berada dalam situasi kematian atau kehilangan suami akan mengakibatkan kepada perasaan yang sangat sedih dan sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Namun, sebagai seorang isteri yang berada dalam situasi ini, yang paling penting adalah menerima hakikat dan menguatkan hati agar boleh menjalani kehidupan dengan tabah.

Bukan mudah untuk memikul tanggungjawab baru terutamanya kepada mereka yang mempunyai anak atau menghadapi masalah lain seperti kewangan dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, Allah tidak pernah membebani kehidupan hamba-hambaNya dengan ujian yang tidak mampu digalas. Jadi, tetapkan dalam minda bahawa anda merupakan seorang wanita kuat yang menjadi pilihan Allah untuk menghadapi ujian ini dengan jayanya.

لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Mafhum: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.” (Surah Al-Baqarah, 2:286)

Malah, setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati kerana dunia hanyalah tempat persinggahan yang mempunyai tarikh luputnya tersendiri.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Mafhum: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.” (Surah Al-Imran, 3:185)

Oleh itu, entri kali ini akan berkongsi sedikit sebanyak amalan yang boleh dilakukan oleh isteri yang kehilangan suami sekali gus untuk merawat hati yang sedang berduka.

#1 – Laksanakan Iddah Untuk Tenangkan Diri

Setiap isteri yang kematian suami perlu melalui tempoh iddah. Hikmahnya adalah untuk memberi ruang dan masa kepada diri sendiri untuk menenangkan diri.

Bersedih tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia namun jika ia dilakukan sehingga meratapi kematian atau menyakiti diri sendiri, maka ia adalah sesuatu yang dilarang.

#2 – Kemas Semua Barang Arwah

Mengemas tidak semestinya membuang. Kemas barang-barang arwah dan pastikan semua dokumen atau barang peribadinya berada pada satu tempat.

Ini untuk memudahkan jika berlaku sesuatu di luar jangkaan. Ia sekali gus untuk memastikan agar tiada hutang yang tertunggak atau belum dilangsaikan semasa hayatnya.

Jika ada hutang atau barang peninggalan arwah yang diamanahkan kepada orang lain, maka adalah menjadi tanggungjawab si isteri atau warisnya untuk melaksanakannya.

#3 – Move On Tidak Bermaksud Melupakan

Berlalu dari kenangan lama dan cuba utuk teruskan hidup. Move on tidak semestinya kita perlu melupakan setiap kenangan yang telah dilalui bersama, namun ia adalah untuk kebaikan diri dan emosi wanita sendiri.

Tidak salah untuk mengenangkan kenangan yang pernah ada, namun jangan sehingga ia memakan diri seperti terlalu sedih sehingga mengabaikan kesihatan dan sebagainya.

Yang paling penting ialah pastikan hidup anda masih boleh berfungsi dengan biasa bukan sahaja untuk diri sendiri, namun juga untuk keluarga dan anak-anak.

Kesimpulan

Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa orang yang amat disayangi dan sentiasa berada di samping kita kini sudah tiada lagi.

Namun, sebagai manusia biasa, kita boleh meminta dan berdoa agar arwah ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami