Kesihatan

Bagaimana Memilih Makanan Menurut Islam

Oleh Fizah Lee  •  27 Oct 2019  •  3 min baca

Makan ialah satu perbuatan untuk menambahkan tenaga dan kekuatan kepada badan. Makanan yang masuk ke dalam badan akan menjadi darah daging yang membesar di dalamnya.

Islam menganjurkan umatnya untuk memilih makanan yang baik dan halal dari segi kebersihan, bagaimana makanan itu diproses dan juga sumber.

Hal ini kerana, setiap makanan yang masuk ke dalam badan manusia akan tumbuh dan memberi kesan kepada tubuh badan dan juga rohani.

كُلُوا وَاشْرَبُوا مِن رِّزْقِ اللَّـهِ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ مُفْسِدِينَ

Mafhum: “Makan dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana dan kerosakan di muka bumi.” (Surah Al-baqarah, 2:60)

Islam telah memberikan panduan dan peraturan dalam setiap aspek kehidupan terutamanya yang berkaitan dengan halal dan haram, iaitu sumber makanan itu sendiri.

Jika makanan itu mendatangkan kemudaratan kepada tubuh badan sama ada yang jelas atau tidak, maka ia tidak dibolehkan untuk dimakan.

Begitu juga jika seseorang itu syubhah dengan status makanan tersebut, maka ia adalah sesuatu yang perlu dielakkan juga bagi mengelakkan diri daripada terjerumus kepada benda haram.

Entri kali ini akan berkongsi beberapa tip dan garis panduan dalam pemilihan makanan menurut Islam;

#1 – Makanan Yang Memberikan Kesihatan

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Surah Al-Baqarah, 2:172)

Makanan yang mampu memberikan penyakit seperti yang terlalu manis, makanan ringan atau terlalu pedas sehingga boleh merosakkan perut, maka ia perlu dielakkan.

Hal ini kerana, badan kita merupakan pinjaman dari Allah dan hak yang perlu dijaga dengan baik.

#2 – Menjauhi Makanan Yang Syubhah

Maksud: “Yang halal sudah jelas dan yang haram pun sudah jelas, di antara keduanya itu ada beberapa perkara yang belum jelas (syubhah), banyak orang tidak tahu, apakah ia masuk ke bahagian halal atau bahagian haram? Maka barangsiapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, maka dia akan selamat dan barangsiapa yang mengerjakan walau sedikit darinya, hampir ia jatuh kepada hukum haram, sebagaimana orang yang mengembala kambing di sekitar daerah larangan, dia hampir jatuh ke dalamnya. Ingatlah, bahawa tiap-tiap raja mempunyai daerah larangan. Ingatlah bahawa daerah larangan Allah itu ialah semua yang haram.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 1255)

#3 – Memilih Makanan Berkhasiat

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ

Mafhum: “Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.” (Surah Al-Ma’ida, 5:88)

Kesimpulan

Makanan yang halal itu bukan sekadar terkecuali daripada anjing dan babi namun juga sifat dan zat makanan yang telah dinyatakan secara terperinci oleh Al-Quran dan As-Sunnah.

Ia bukan sahaja untuk membantu perkembangan tubuh badan, malah untuk pembentukan minda dan hati yang bersih.

Oleh itu, pilihlah makanan yang halal dan mampu memberi khasiat kepada diri sendiri, bukannya yang memberi kemudaratan.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Makanan Halal Menurut Islam


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami