Gaya Hidup, Ibadah

Bagaimana Memasuki Syurga Tanpa Hisab

Oleh Fizah Lee  •  25 Jun 2020  •  3 min baca

Di akhirat kelak, kita semua akan ditempatkan sama ada di syurga atau di neraka, bergantung kepada hitungan amalan dan ‘bekal’ yang telah kita bawa.

Jika timbangannya berat di sebelah kanan, maka syurgalah tempatnya dan jika sebaliknya maka nerakalah yang akan dijejakinya, nauzubillahi min dzalik.

Adapun, buat mereka yang akan dimasukkan ke syurga, terdapat tiga cara dan keadaannya yang telah dihuraikan oleh jumhur ulama, iaitu;

#1 – Golongan yang masuk syurga tanpa hisab.

#2 – Golongan yang masuk syurga setelah dihisab.

#3 – Golongan yang masuk syurga selepas dikeluarkan daripada neraka.

Setiap dari kita pasti mengidamkan untuk masuk ke syurga. Berada di dalam neraka walau sehari, tidak dapat dibayangkan azab dan pedihnya yang teramat sangat.

Sedangkan kepanasan ketika menunggu untuk dihisab juga tidak dapat ditahan, apatah lagi kepanasan api neraka. Semoga kita semua dijauhkan daripada azab tersebut.

Walau bagaimanapun, berdasarkan tiga kategori yang dinyatakan di atas, kita boleh terpilih sebagai salah seorang yang akan memasuki syurga tanpa hisab.

Yang Dimaksudkan Dengan Tanpa Hisab

Memasuki syurga tanpa hisab adalah dengan tidak perlu menunggu giliran untuk dihitung amalannya. Hal ini disebabkan amalan yang dilakukannya di dunia sudah menjamin keberadaannnya di syurga.

Jumhur ulama juga menyebut golongan ini adalah yang paling tinggi ketauhidannya dan terhadap Allah ditambah juga dengan rahmat daripadaNya.

Antara syarat yang dinyatakan untuk memasuki syurga tanpa hisab ialah;

#1 – Bertauhid Dengan Melihat Cara Para Nabi

Kita melihat bagaimana kecintaan para nabi dan rasul terhadap Allah serta agama yang dibawa. Mereka sangat menjaga nilai agama dan menekankan ibadah baik yang dilakukan.

Setiap daripada mereka membawa contoh teladan yang sangat baik terutamanya Baginda SAW yang merupakan suri teladan kepada umat hari ini.

Mafhum: “Demi sesungguhnya! Adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim dan pengikut-pengikutnya itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredaan Allah dan (balasan baik) hari akhirat. Dan sesiapa yang berpaling daripada mencontohi mereka, (maka padahnya akan menimpa dirinya sendiri) kerana sesungguhnya Allah Yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.” (Surah Al-Mumtahanah, 60:6)

#2 – Mematuhi Perintah Allah

Yang paling utama ialah patuhilah perintah Allah. Bagaimana mengharapkan syurga tanpa mengikut ajaran dan perintah yang Allah suruh?

Mafhum: “(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya?” (Surah Al-Zumar, 39:9)

#3 – Jangan Syirik

Syirik merupakan dosa yang paling dimurkai. Tidak boleh menduakan Allah dengan percaya dan menyembah kepada yang lain.

Mafhum: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua) dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan syariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar.” (Surah An-Nisa, 4;48)

Kesimpulan

Tuntasnya, nikmat yang paling besar dalam diri seorang manusia ialah apabila kakinya berjaya melangkah ke syurga. Berdasarkan wahyu yang dibawa oleh para nabi, terdapat banyak cara yang diberikan kepada kita untuk memasuki syurga.

Semuanya adalah terpulang kepada diri kita sendiri untuk memilih jalan yang mana.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami