Ibadah

Bagaimana Keadaan Kanak-Kanak Bukan Islam Yang Meninggal Sebelum Baligh

Oleh Fizah Lee  •  16 Jan 2020  •  2 min baca

Anak-anak kecil merupakan kurniaan tuhan kepada orang tuanya dan menjadi tugas serta tanggungjawab mereka untuk membentuk mereka dengan ajaran yang terbaik. Mereka diibaratkan seperti kain putih yang perlu dicorakkan dengan warna-warna didikan.

Kata orang tua-tua, mereka ini tiada dosa dan masih belum kenal perkara yang baik dan buruk. Justeru, menjadi kewajipan ibu bapa menunaikan hak-hak mereka.

Bahkan, terdapat hadis tentang anak-anak kecil dan belum baligh yang meninggal dunia, bakal dimasukkan ke syurga tanpa hisab dan akan memberikan syafaat kepada kedua orang tuanya di akhirat kelak.

حَدَّثَتْنِي حَبِيبَةُ، أَنَّهَا: كَانَتْ عِنْدَ عَائِشَةَ، فَجَاءَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى دَخَلَ عَلَيْهَا فَقَالَ: «مَا مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَمُوتُ لَهُمَا ثَلَاثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ لَمْ يَبْلُغُوا الْحِنْثَ إِلَّا جِيءَ بِهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُوقَفُوا عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَيُقَالُ لَهُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ فَيَقُولُونَ حَتَّى يَدْخُلَ آبَاؤُنَا فَيُقَالُ لَهُمِ ادْخُلُوا أَنْتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْجَنَّةَ

Maksud: “Aku bersama Aisyah RA maka telah datang Nabi SAW sehingga Baginda SAW masuk lalu bersabda: “Tidaklah dua orang muslim meninggal dunia, di antara keduanya ada tiga orang anak (mereka adalah tiga bersaudara) yang belum berusia dewasa (baligh) kecuali Allah akan datangkan mereka pada hari kiamat sehingga didirikan pada pintu-pintu syurga lalu dikatakan kepada mereka: “Masuklah kamu ke dalam syurga.” Mereka menjawab: “Sehingga dimasukkan ibu bapa kami.” Maka, dikatakan kepada mereka: “Masuklah kamu dan juga kedua ibu bapa kamu ke dalam syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Hiban, no. 4643)

Walau bagaimanapun, bagaimana pula dengan anak-anak kecil yang bukan Islam dan meninggal dunia. Adakah mereka akan dihadapkan kehadapan Allah untuk dihisab juga amalan mereka atau terus dimasukkan ke syurga tanpa sebarang halangan?

Para ulama berbeza pendapat dan membahaskan isu ini secara panjang lebar. Namun, jumhur ulama berpegang kuat kepada pendapat bahawa mereka yang meninggal sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga.

Ia merupakan pendapat yang dipegang oleh Imam Al-Nawawi, al-Hafiz ibn Hajar Al-Asqalani dan beberapa ulama lain dengan hadis yang telah diriwayatkan oleh Samurah bin Jundub RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وَأَمَّا الرَّجُلُ الطَّوِيلُ الَّذِي فِي الرَّوْضَةِ فَإِنَّهُ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَمَّا الْوِلْدَانُ الَّذِينَ حَوْلَهُ فَكُلُّ مَوْلُودٍ مَاتَ عَلَى الْفِطْرَةِ قَالَ فَقَالَ بَعْضُ الْمُسْلِمِينَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَأَوْلَادُ الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَوْلَادُ الْمُشْرِكِينَ

Maksud: “Adapun, lelaki yang tinggal di dalam Raudah (taman syurga) itu ialah Ibrahim AS. Adapun anak-anak yang ada di sekelilingnya adalah setiap anak yang dilahirkan dan mati di atas fitrah (iaitu Islam dan dimasukkan ke dalam syurga). Lalu, sebahagian orang Islam bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ia termasuk kanak-kanak orang musyrikin?” Lalu, Rasulullah SAW menjawab: “Termasuk anak-anak orang musyrikin.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 7047)

Ia juga berdasarkan pendapat kanak-kanak ini lahir dalam keadaan fitrah dan belum sampai kepada mereka akan ajaran dan dakwah, disebabkan itu juga kematian mereka adalah sama dengan anak-anak Islam yang meninggal sebelum baligh.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami