Hukum, Wanita

Bagaimana Jika Tersedar Rambut Terkeluar Selepas Selesai Solat

Oleh Fizah Lee  •  7 Jul 2020  •  2 min baca

Masalah rambut terkeluar sedikit atau ternampak kaki sewaktu solat ialah masalah yang tampak kecil, namun sebenarnya ia boleh memberikan impak yang besar kepada solat tersebut.

Apabila solat, wanita wajib menutup keseluruhan anggota badannya kecuali muka dan tapak tangan. Justeru, hari ini dapat kita lihat ada juga yang solat tanpa memakai telekung. Ia adalah dibolehkan selagi mana menutup aurat dan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Namun, jika terkeluar sedikit aurat seperti rambut dan ia hanya disedari usai solat itu berakhir, adakah batal solatnya?

Dalam hal ini, jumhur ulama telah membincangkan mengenainya secara panjang lebar dan dapat kita lihat bahawa ia adalah tidak batal. Ini adalah melalui perbahasan daripada jumhur ulama, iaitu;

Aurat yang terkeluar secara sedikit dan tanpa disedari, maka ia adalah dimaafkan. Hal ini kerana, ia berlaku tanpa kawalan (selepas kita berusaha menutupnya) dan dalam masa yang sama tidak disedari.

Jika pada awalnya disedari, maka wajib ke atas wanita tersebut untuk segera menutupnya dan menyambung solat itu seperti biasa. Solatnya adalah tidak batal.

Namun, jika dia menyedari bahawa rambutnya ternampak tetapi tidak mengendahkannya dengan menutup aurat tersebut, maka solatnya adalah batal dan wajib mengulanginya semula.

Imam Al-Syirazi berkata – “Maka, jika terdedah suatu pun daripada jenis aurat, sedangkan dia mampu untuk menutupnya, maka tidak sahlah solat.”

Hal ini adalah sama dengan aurat yang lain, baik untuk lelaki mahupun perempuan. Apabila tersedar bahawa aurat terbuka, maka cuba untuk menutupnya tanpa melibatkan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami