Sejarah

Bagaimana Islam Bertapak Di Andalusia

Oleh Natirah Azira  •  9 Jan 2020  •  2 min baca

Para sejarawan berpendapat bahawa kedatangan Islam ke wilayah Sepanyol khususnya Andalusia bermula dengan usaha pembukaan oleh Tariq bin Ziyad. Beliau telah memimpin pasukan Islam menyeberangi selat Gibraltar menuju ke benua Sepanyol itu. Beliau dihantar oleh pemimpin Islam di Afrika Utara iaitu Musa Ibn Nusair.

Dilaporkan pasukan Islam seramai (7000 – 12000) orang telah berdepan dengan tentera Visigoth, puak Raja Roderick ini seramai 100,000 orang. Masyhur sebuah kisah yang mengatakan bahawa saat Tariq dan pasukan Islam sudah berada di atas kapal, beliau berpidato untuk menaikkan semangat kaum Muslim.

“Wahai saudara-saudaraku, lautan ada di belakang kalian, musuh ada di depan kalian, ke manakah kalian akan lari? Demi Allah, yang kalian miliki hanyalah kejujuran dan kesabaran…”

Kemudian, setelah itu diceritakan bahawa beliau mengarahkan agar kapal-kapal mereka sendiri dibakar agar pasukan Islam tidak dapat lagi berpatah balik.

Namun, ucapan serta peristiwa pembakaran kapal tersebut diragui oleh sebilangan sejarawan kerana beberapa faktor.

Pertama, kerana ucapan beliau hanya dirakam oleh para sejarawan Timur sahaja. Ia tidak dicatat oleh para sejarawan Andalusia atau sejarawan Afrika Utara di mana lokasinya lebih dekat dengan Andalusia. Kemungkinan penambahan terhadap ucapan itu berlaku di dalam sejarah Islam.

Kedua, Tariq bin Ziyad berasal daripada kalangan Barbar yang baru memeluk Islam, maka dianggap tidak munasabah bagi beliau memberi ucapan yang begitu tinggi dari sudut bahasa dan begitu utuh kefahamannya terhadap Islam.

Walau bagaimanapun, kekuatan pasukan Tariq bin Ziyad tidak dapat dinafikan apabila tetap berjaya mengalahkan pasukan Roderick.

Sebenarnya, semasa Andalusia berada di bawah pemerintahan Rom lagi, orang-orang Yahudi telah dibawa masuk sehingga menimbulkan ketegangan antara orang Yahudi dan Kristian kerana masing-masing berebut kuasa untuk memerintah.

Akhirnya kekuatan Andalusia menjadi lemah sehingga semakin memudahkan Islam menguasainya selepas pembukaan oleh Tariq bin Ziyad.

Islam di bawah kekuasaan Bani Umayyah memerintah Andalusia sepanjang 8 abad lamanya, bermula pada tahun 711 sehingga 1492 Masihi. Wilayah yang dapat dikuasai pula termasuk Cordova, Granada, Sevilla dan Toledo.

Sejarawan umumnya mengakui bahawa sebelum Islam membuka Andalus, masyarakat Kristian Eropah hidup di dalam kegelapan dan kejahilan. Namun selepas itu ia berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu, percampuran budaya serta agama yang dapat bersatu di bawah satu pemerintahan iaitu Islam.

Rujukan:
Sejarah Perkembangan Dan Kejatuhan Pemerintahan Islam Di Andalusia: Teladan Dan Sempadan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami