Gaya Hidup

Bagaimana Dosa Kecil Boleh Berubah Menjadi Dosa Besar

Oleh Fieyzah Lee  •  1 Jul 2020  •  3 min baca

Kita mengetahui bahawa setiap dosa yang dilakukan akan dicatat amalannya, sama ada ia adalah dosa besar mahupun kecil.

Bahkan, diceritakan bahawa setiap satu kali kita melakukan dosa, akan dicatat satu titik hitam di hati kita. Sehinggakan pada akhirnya, hati itu akan ditutup dengan bintik-bintik hitam tersebut dan hilanglah kesuciannya jika ia tidak ‘dipadam’ dengan istighfar.

Jika melakukan dosa besar seperti meninggalkan solat, ia perlu dibersihkan dengan taubat dan berazam untuk tidak melakukannya lagi.

Berbeza dengan dosa kecil seperti membuang sampah merata-rata, ia boleh dibersihkan dengan istighfar. Namun, jangan dipandang ringan akan konsep ini kerana dosa yang kecil juga boleh menjadi besar.

Bagaimana ia boleh terjadi? Kita lihat sendiri pepatah Melayu yang menyebut – “Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.”

#1 – Memandang Remeh Akan Dosa

Perkara yang pada awalnya dilakukan secara sedikit-sedikit juga boleh menjadi besar jika sentiasa dilakukan dan dipandang rendah.

Sebagai contoh, mula-mula anda membuang cebisan kertas di depan rumah anda. Namun, jika hari-hari ia dilakukan, pasti cebisan yang kecil itu boleh menggunung dan membentuk sampah yang banyak.

Begitulah konsep dosa yang dapat kita faham. Dan begitulah juga dosa yang kecil boleh menjadi berubah menjadi besar.

Anas bin Malik berkata – “Sesungguhnya kalian mengerjakan amalan (dosa) di hadapan mata kalian itu tipis seperti rambut, namun kami (para sahabat) yang hidup di masa Nabi SAW menganggap dosa semacam itu seperti dosa besar.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6492)

#2 – Dosa Itu Dipamerkan Tanpa Rasa Bersalah

Setiap orang melakukan dosa sama ada yang kecil atau yang besar, namun yang membezakan kita ialah apabila Allah masih lagi menjaga aib dan maruah diri kita.

Tetapi, apa yang menjadi perkara biasa bagi umat manusia hari ini ialah dengan menghebohkan dosa yang maksiat yang dilakukan.

Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila dosa tersebut diceritakan tanpa segan silu seolah-olah ia bukan perkara yang salah.

Sebenarnya, jika dosa tersebut diceritakan dengan tujuan mendapatkan cara-cara untuk bertaubat atau kerana ingin memohon maaf kepada orang yang terlibat, maka itu adalah tidak mengapa.

Namun, jangan diceritakan dengan tujuan untuk berbangga dengan dosa. Lebih buruk jika ada orang lain yang mengikuti jejak langkahnya.

Baginda SAW bersabda – “Setiap umatku akan diampuni kecuali orang yang melakukan jahr. Antara bentuk jahr itu adalah seseorang yang melakukan dosa pada malam hari, namun di pagi harinya (padahal Allah telah menutupnya) ia sendiri yang bercerita. “Wahai fulan, aku semalam telah melakukan maksiat ini dan itu.” Padahal semalam Allah telah menutupi aibnya. Namun, pada pagi hari dia sendiri yang telah membukanya.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2990)

Kesimpulan

Walaupun dosa yang kita lakukan itu merupakan dosa kecil, namun jangan dipandang remeh seolah-olah ia tidak boleh memberi kesan kepada saham akhirat anda.

Setiap kali dosa itu dilakukan, istighfarlah dan berazam untuk tidak ingin melakukannya lagi. Bimbang jika nanti, hati sudah dipenuhi bintik hitam sehingga cahaya sudah tidak dapat menembusinya lagi.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami