Hukum

Bagaimana Dengan Orang Yang Tidak Mampu Bayar Fidyah Dan Ganti Puasa

Oleh Fizah Lee  •  6 Jun 2020  •  2 min baca

Antara golongan yang tidak diwajibkan berpuasa ialah orang yang sudah tua dan tidak larat untuk berpuasa, orang yang sakit kronik atau sakit yang tidak membolehkan dia berpuasa, ibu yang hamil dan menyusu dan perempuan yang datangnya haid dan nifas.

Jika mereka meninggalkan puasa, maka wajib ke atas mereka untuk menggantikan puasa apabila sudah mampu sebelum sampai Ramadan yang seterusnya.

Namun, jika terdapat kekangan yang melanda seperti penyakit yang belum sembuh atau tempoh menyusu yang lama sehingga datangnya Ramadan yang lain, maka wajib ke atas mereka untuk membayar fidyah.

Fidyah ialah bayaran denda yang dikenakan ke atas seseorang yang tidak membayar hutang puasa sehingga datangnya Ramadan yang seterusnya dengan nilai makanan asasi di tempat tersebut. Bayarannya pula wajib dilakukan dalam bentuk makanan itu dan bukan dalam bentuk wang.

Namun, menjadi persoalan – bagaimana dengan orang yang tidak mampu membayar fidyah disebabkan keadaan ekonominya yang sukar. Dalam masa yang sama, dia juga tidak mampu untuk berpuasa atau menggantikan hutang puasanya kerana kekangan yang wujud seperti sakit tua atau kronik.

Orang yang tidak mampu membayar fidyah dikategorikan sebagai mu’sir, iaitu orang yang susah. Mereka ialah orang yang tidak memiliki harta untuk membayar fidyah. Harta yang ada hanya cukup untuk keperluan dirinya sendiri sahaja.

Dalam hal ini, gugur kewajipan ke atasnya untuk membayar fidyah kerana dia sendiri telah dikategorikan sebagai orang susah. Sedangkan fidyah juga syaratnya perlu diberikan kepada golongan fakir juga.

Fidyah juga tidak perlu dibayar oleh golongan yang menanggung nafkahnya kerana kewajipan fidyah ke atasnya telah gugur.

Imam Nawawi dalam a-Majmu’ Syarh al-Muhadzzab (6/259) menyebut:

“Liabiliti fidyah itu gugur (bagi orang mu’sir) dan tidak wajib juga membayarnya apabila sudah senang. Sama seperti hukum membayar zakat fitrah, kerana dia lemah semasa keadaan taklif (tidak mampu ketika diberi tanggungjawab) sedangkan dia tidak dikenakan apa-apa balasan kerana suatu perbuatan jenayah atau seumpamanya.”

Tuntasnya, dalam situasi ini adalah gugur kewajipan membayar fidyah ke atas orang yang susah.

Jika suatu hari nanti, diizinkan Allah dia mampu untuk berpuasa semula, maka tidak perlu menggantikan hutang-hutangnya yang telah lepas. Hal ini adalah disebabkan kewajipan itu telah gugur pada awalnya.

Rujukan:
Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami