Wanita

Bagaimana Caranya Wanita Menempah Tempat Di Neraka?

Oleh Anas  •  27 Jul 2017  •  2 min baca

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

“Diperlihatkan kepadaku neraka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat keadaan yang sangat mengerikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya ialah wanita.”

Para sahabat bertanya;

“Apakah sebabnya, wahai Rasulullah?”

Rasulullah menjawab;

“Sebabnya ialah kekufuran mereka”

Mereka bertanya lagi;

“Adakah mereka kufur (tidak berterima kasih) kepada suami dan suka melupakan kebaikan?

Baginda menjawab;

“Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu dia melihat sesuatu (yang dibenci) daripadamu, maka dia akan berkata: “Aku tidak pernah melihat kebaikan sedikit pun daripadamu.”Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Ibn Abbas

Inilah ciri-ciri wanita yang banyak menghuni neraka. Mereka selalu melupakan kebaikan seseorang hanya kerana satu kesilapan yang dilakukan oleh orang lain.

Pemberian oleh suami seolah-olah tidak bererti dan tidak pernah berlaku hanya kerana sekali hatinya disakiti.

Rasulullah s.a.w mengingatkan juga kepada kaum wanita mengenai sifat lain yang turut sama menyumbang kepada dicampaknya seorang wanita ke dalam api neraka.

Sifat tersebut ialah melaknat iaitu mencela dan memaki manusia dan yang lainnya kerana kekesalan. Ini disebut dalam hadis daripada hadis Abu Sa’id al-Khudri, apabila keluar untuk solat sunat hari raya, Rasulullah s.a.w lalu di hadapan sekumpulan wanita. Kemudian baginda bersabda (maksudnya);

“Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum wanita kebanyakannya menjadi ahli neraka.”

Mereka bertanya;

“Mengapa wahai Rasulullah?”

Baginda menjelaskan;

“Kamu banyak melaknat dan menafikan kebaikan.”

Justeru, wanita yang meletakkan dirinya di dalam neraka mempunyai sifat;

#1 – Tidak Berterima Kasih

#2 – Cepat Melupakan Kebaikan

#3 – Suka Memaki Dan Mencela

Walaubagaimana pun, ini bukanlah menunjukkan yang neraka ditentukan oleh jantina seseorang.

Ini juga bukanlah tiket untuk lelaki merendahkan wanita. Ini kerana banyaknya jumlah wanita di dalam neraka adalah kerana jumlah mereka yang ramai daripada kaum lelaki di dunia.

Manakala, peringatan tentang sifat wanita penghuni neraka yang disampaikan oleh Rasulullah itu juga merupakan satu pengajaran kepada kaum lelaki.

Sebagai manusia, pasti ada yang tidak terlepas daripadanya dan juga sifat-sifat lain lagi yang dibenci oleh agama.

Maka, sebagai wanita, ambillah peringatan daripada Rasulullah ini sebagai satu ingatan kepada diri terutama dalam keadaan marah yang sering menjadi ruang syaitan membisikkan hasutannya.

Bagi kaum lelaki pula, jagalah juga ucapan yang diberikan kepada wanita terutama kepada para isteri.

Sebaik-baiknya ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana wanita juga besar peranannya dalam kebaikan dunia dan akhirat kita.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami