Wanita

Bagaimana Caranya Anda Menjadi Wanita Yang Di Tempatkan Di Syurga Kelak?

Oleh Anas  •  28 Jul 2017  •  2 min baca

Siapa yang layak mendapat pahala dan layak memasuki syurga tidak ditentukan oleh jantina. Kedua-duanya memiliki kedudukan yang sama di hadapan Allah s.w.t. Apa yang membezakan antara keduanya ialah takwa.

Firman Allah s.w.t (maksudnya);

“Sesungguhnya lelaki Muslim serta perempuan Muslimah, lelaki Mukmin dan perempuan Mukminah, lelaki yang taat serta perempuan yang taat, lelaki yang benar serta perempuan yang benar, lelaki yang sabar serta perempuan yang sabar, lelaki yang merendah diri serta perempuan yang merendah diri, lelaki yang bersedekah serta perempuan yang bersedekah, lelaki yang berpuasa serta perempuan yang berpuasa, lelaki yang memelihara kehormatannya serta perempuan yang memelihara kehormatannya, dan lelaki yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya serta perempuan yang menyebut nama Allah sebanyak-banyaknya, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.”Surah al-Ahzab:35

Firman Allah s.w.t (maksudnya);

“Siapa mengerjakan amal-amal soleh, baik lelaki mahupun wanita dan mereka adalah orang yang beriman, mereka masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”Surah an-Nisa’:124

Oleh itu, untuk menjadi wanita syurga, Allah mestilah diutamakan dalam segala-galanya. Tumpuan calon wanita syurga adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t dalam setiap urusan yang dilakukan.

Firman Allah s.w.t (maksudnya);

“Beruntung orang-orang yang beriman iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya, orang-orang yang menjauhkan diri mereka daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia, mereka yang berusaha membersihkan hartanya dengan mengeluarkan zakat dan orang-orang yang menjaga kehormatan kecuali kepada isteri-isteri ataupun hamba sahaya mereka. Sesungguhnya mereka tidak tercela. Siapa mencari yang disebalik itu, mereka itu orang-orang yang melampaui batas. Orang-orang yang menjaga amanah dan janji serta tetap memelihara solatnya, mereka itu orang-orang yang berhak mewarisi syurga firdaus dan mereka kekal di dalamnya.”Surah al-Mukminun:1-10

Daripada Abu Umamah r.a., Nabi s.a.w bersabda:

“Bertakwalah kepada Tuhan kamu, tunaikanlah solat lima waktu kamu, berpuasalah pada bulan kamu (Ramadan), tunaikanlah zakat harta kamu, dan taatilah orang yang mengendalikan urusan kamu; nescaya kamu memasuki syurga Tuhan kamu.”Riwayat al-Tirmizi

Semoga kita semua menjadi wanita solehah yang menurut perintah Allah dan Rasulnya, anak yang patuh kepada ibu bapa, isteri yang menyokong kebaikan suami, dan ibu yang mendidik generasi soleh dan solehah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami