Ibadah

Bagaimana Cara Golongan OKU Percakapan Membaca Bacaan Dalam Solat

Oleh Natirah Azira  •  29 Sep 2020  •  2 min baca

Rukun dalam solat boleh dibahagikan kepada tiga iaitu rukun qalbi (hati), rukun qauli (pertuturan dan bacaan) dan rukun fi’li (perbuatan). Rukun qauliah ada lima iaitu:

1. Takbiratul ihram pada awal solat.

2. Membaca surah Al-Fatihah pada setiap rakaat

3. Tasyahud

4. Selawat ke atas Nabi SAW

5. Salam

Mengikut hukum asal, rukun qauli ini hendaklah dibaca dan didengari oleh orang yang membaca sendiri. Walau bagaimanapun, bagaimana pula hukumnya bagi orang bisu yang tidak mampu membacanya. Adakah mereka perlu menggerakkan bibir sebagai isyarat membaca?

Ketahuilah bahawa Allah tidak menyusahkan seseorang jika terdapat kekangan yang membuatkan dia tidak mampu melakukannya secara sempurna.


لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا

MaksudnyaAllah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya. (Surah al-Baqarah 2:286)

Malah Rasulullah SAW juga bersabda bahawa:

فَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَىْءٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَىْءٍ فَدَعُوهُ

MaksudnyaApabila aku perintahkan kalian satu perkara, maka laksanakanlah dengan semampu kalian; apabila aku larang daripada satu perkara, hendaklah kalian menjauhinya. (Sahih Muslim, no.1337)

Berdasarkan dalil di atas, ada dua keadaan yang perlu difahami:

1. Keadaan Pertama – Orang Yang Bisu Sejak Lahir

Bagi orang yang bisu sejak lahir, mereka tidak diwajibkan menggerakkan bibir ketika membaca rukun qauli dalam solat dan tidak disunatkan juga membaca bacaan-bacaan lain. Hal ini seperti disebutkan oleh Imam Al-Ramli dan Imam Al-Syarwani.

2. Keadaan Kedua – Orang Yang Bisu Atau Hilang Suara Sedangkan Sebelumnya Dia Mampu Bercakap

Mengikut Imam Nawawi, para ulama dalam Mazhab Syafie menjelaskan bahawa orang yang bisu hanya perlu menggerakkan mulutnya dengan niat membaca dengan kadar ukuran seorang yang boleh berbicara menggerakkan lisannya. Tambah Dr Muhammad Al Zuhaily, mereka perlu menggerakkan bibir dengan kadar yang termampu.

Demikian dua keadaan bagi orang yang tidak mempunyai keupayaan bercakap menunaikan solat dan menyempurnakan rukun qauli. Wallahua’lam.

Rujukan:

Mufti Wilayah Persekutuan


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami