Gaya Hidup

Baca Doa Ini Untuk Dihindari Dari Perkara Khianat

Oleh Fizah Lee  •  2 Dec 2020  •  1 min baca

Khianat adalah lawan dari amanah. Jika amanah membawa maksud perkara dengan sebaik-baiknya, maka khianat adalah sebaliknya.

Ia adalah perbuatan menyia-nyiakan amanah yang ada. Sama ada amanah sebagai seorang anak, sebagai seorang rakan mahupun pekerja.

Imam Al-Munawi berkata – “Khianat adalah perkara menyia-nyiakan amanah. Ada yang berkata, khianat adalah menyelisihi kebenaran dengan membatalkan perjanjian secara rahsia.” (At-Tauqif, hlm. 162)

Disebabkan itu, apabila kita menerima sesuatu amanah, maka laksanakanlah ia dengan baik agar diri kita tidak dilabel sebagai pengkhianat.

Dan, dalam mengharungi kehidupan sehari-hari, kita perlu berhati-hati daripada segala bentuk pengkhianatan yang mungkin berlaku.

Kita mungkin tidak tahu siapa atau apa yang boleh mengkhianati kita. Disebabkan itu, Baginda SAW sentiasa mengajarkan kepada kita sebuah doa agar dapat melindungi diri kita daripada bentuk pengkhianatan.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

اللهمَّ إنِّي أعوذُ بك من الجوعِ ، فإنَّه بئْسَ الضجيعُ ، و أعوذُ بك من الخيانةِ فإنَّها بئستُ البِطانةُ

Maksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kelaparan, kerana ia adalah seburuk-buruk teman tidur. Dan aku berlindung kepadaMu dari pengkhianatan kerana ia adalah seburuk-buruk perkara yang mengikuti.” (Hadis Riwayat As-Suyuthi, no. 1541)

Perbuatan khianat termasuk dalam salah satu dosa besar yang perlu dielakkan kerana ia salah satu sifat orang munafik yang boleh menjatuhkan seseorang.

Justeru, doa yang diajar ini boleh dijadikan sebagai benteng daripada perlakuan ini.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami