Ibadah

Baca Doa Ini, Allah Akan Membebaskan Dari Kerisauan Dan Belenggu Hutang

Oleh Natirah Azira  •  24 Nov 2018

Setiap orang pasti pernah merasa berada dalam belenggu kesusahan dan kerisauan. Namun jika kita terlalu risau tentang masa depan, kita akhirnya tidak dapat fokus pada masa sekarang.

Dalam video ini, Syaikh Hasan Ali berkongsi satu kisah tentang seorang sahabat Nabi bernama Umamah yang sering dilihat sentiasa berada di dalam masjid. Lalu pada suatu hari baginda bertanya beliau mengapa sentiasa berada di masjid, walaupun bukan pada waktu solat.

Umamah menjawab, bahawa beliau sangat risau tentang nasibnya, dan beliau juga dibelenggu hutang. Kerana itulah, beliau berada di masjid untuk mengadu kepada Allah.

Lalu Nabi SAW mengajarkan kepadanya satu doa, yang apabila dibaca (selepas Maghrib dan Fajar), maka Allah akan menghapuskan kerisauan dan juga beban hutangnya. Apakah doa tersebut? Jom saksikan video pendek ini!


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami