Ibadah

Baca Doa Ini Agar Amal Ibadah Diterima Allah

Oleh Fizah Lee  •  22 Oct 2020  •  2 min baca

Pernah tak anda berfikir adakah amal ibadat yang selama ini dilakukan diterima oleh Allah?

“Adakah solat yang aku lakukan ini diterima oleh Allah?”

“Adakah sedekah yang aku sumbangkan ini dikira oleh Allah?”

Dan pelbagai lagi persoalan yang mungkin pernah bermain di benak fikiran anda. Apabila ada beberapa orang kawan saya pun yang mengadu mengenai perihal ini, ada yang sehinggakan berasa penat untuk beribadah.

Baginya, kehidupannya kelihatan seperti tiada hasil. Masih sama seolah-olah orang yang tidak melakukan apa-apa.

Sabar dulu, sedangkan Allah sendiri menyuruh hambaNya untuk bersabar dengan setiap perkara yang dilalui dan teruskan istiqamah dalam melakukan setiap ibadah yang dilakukan.

Kerana kita sendiri tidak tahu bila Allah akan menunjukkan rahmatNya kepada kita. Rahmat Allah itu sentiasa ada. Namun, untuk merasainya memerlukan sedikit perjuangan.

Dan setiap kali kita merasa tidak yakin dengan amal ibadat yang dilakukan sama ada ia diterima mahupun tidak, apa kata cuba untuk berdoa kepadaNya agar setiap perbuatan baik itu dikira.

Kita sentiasa memohon keampunan dari Allah agar setiap dosa diampunkan. Jadi tidak salah untuk meminta agar Allah menerima setiap kebaikan kita.

Ada sebuah doa yang pernah diucapkan oleh Nabi Ibrahim AS ketika baginda dan anaknya, Ismail telah siap mendirikan Kaabah.

Doa tersebut dipanjatkan supaya Allah menerima setiap amal kebaikan dan pembinaan Kaabah tersebut.

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Mafhum: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah, 2:127)

Justeru, setiap kali selepas solat atau melakukan amal kebaikan, niatkanlah dalam hati agar ia menjadi sebuah amalan yang diterima oleh Allah agar dapat menjadi penolong buat kita di akhirat kelak jua.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami