Gaya Hidup

Baca 9 Perkara Ini Apabila Anda Rasa Ingin Berputus Asa

Oleh Natirah Azira  •  17 Jan 2019  •  3 min baca

Saya cukup kagum dengan orang yang sentiasa kelihatan positif. Saya tidak tahu bagaimana mereka menguruskan masalah mereka. Tetapi saya juga percaya bahawa apabila kita rasa sedih dan tidak bersemangat, lalu ia terzahir pada riak wajah, dan kita tidak dapat menyembunyikannya daripada orang yang melihat – ia adalah suatu yang normal.

Sembilan perkara yang saya gariskan di bawah, khusus buat anda yang memerlukan sokongan apabila rasa ingin berputus asa.

#1- Perubahan Bukan Proses Yang Lancar

Proses perubahan bukan proses yang mudah dan lancar . Kadang-kadang kita diserang perasaan takut dan ragu-ragu. Ambil masa untuk bertenang. Minda dan badan kita memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan suasana dan rutin baru.

#2- Fokus Kepada Progres

Usah bimbang jika anda masih belum mencapai ‘standard’ yang anda inginkan. Fokus kepada progres berbanding kesempurnaan.

#3- Pengalaman Anda Inspirasi Kepada Orang Lain

Pengalaman yang anda lalui bukanlah suatu yang sia-sia. Cerita anda mungkin berguna untuk memberikan inspirasi dan panduan kepada orang yang memerlukan nasihat suatu hari nanti.

#4- Ketakutan Boleh Dikalahkan Dengan Perbuatan

Ketakutan akan sentiasa menyebabkan kita ragu-ragu untuk mencuba sesuatu. Bagaimana untuk melawannya? Ia boleh dilawan dengan perbuatan. Buat sahaja!

#5- Anda Tidak Berseorangan

Apabila anda ada masalah, ingatlah bahawa anda tidak berseorangan. Ada banyak cerita yang sama tentang apa yang anda lalui di dalam artikel di internet, buku, filem atau video motivasi. Anda hanya perlu mencarinya.

#6- Anda Manusia, Bukan Robot

Berehatlah apabila anda berasa sakit atau penat. Anda manusia, bukan robot. Belajar untuk berehat dan bertenang, bukan berhenti.

#7- Ada Yang Sayang

Ingat bahawa anda mempunyai ramai orang yang sayang kepada anda. Jika anda masih berkeras mengatakan bahawa tidak ada sesiapa yang peduli dengan hidup anda, cuba pejam mata dan cari semula wajah-wajah yang pernah hadir dalam hidup tetapi mungkin tidak anda sedari dan peduli. Paling kurang, pasti ada seorang yang benar-benar mengambil berat tentang diri anda.

#8- Mungkin Salah Hormon Dalam Badan?

Jika anda berasa tertekan atau tidak ada ‘mood’ tanpa sebab, mungkin yang bermasalah bukanlah anda tetapi hormon yang berada dalam badan (senyum). Jadi, jangan terlampau stres dengan diri sendiri.

#9- Perubahan Suatu Yang Normal

Perubahan adalah suatu yang normal dalam kehidupan. Selagi anda hidup dan dunia ini masih wujud, perubahan akan tetap berlaku sama ada anda bersedia atau tidak. Anda hanya perlu yakin bahawa anda kuat untuk menghadapinya!

Kata-kata yang tepat sekalipun dari orang yang tidak kita kenali kadang-kadang mampu meniupkan semula semangat ke dalam diri. Seperti itu jugalah, saya berharap kata-kata di atas mampu meniupkan semangat ke dalam diri anda di saat anda memerlukan kekuatan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami