Sejarah

Ayat Basmallah Sebagai Tanda Sesebuah Surah Telah Tamat?

Oleh Fizah Lee  •  27 Apr 2020  •  2 min baca

Dimulakan dengan bismillah. Disudahi dengan Alhamdulillah. Begitulah sehari dalam hidup kita. Mudah-mudahan dirahmati Allah

Mungkin anda pernah mendengar atau menyanyikan lagu nasyid ini sewaktu kecil. Lirik yang ditulis oleh kumpulan Raihan menjadi terkenal dan mudah untuk meniti di bibir setiap insan pada tahun 1999 sehingga kini.

Mendahulukan sesuatu dengan membaca ayat basmallah mampu memberi kebaikan dan faedah yang sangat besar kerana ia sekali gus mengutamakan asma’ (nama-nama) dan kebesaran Allah SWT.

Basmallah mengandungi nama Allah, iaitu Ar-Rahman dan Ar-Rahim. Ia dimulakan dengan memuji Allah sebelum berdoa dan membuat aktiviti yang dilakukan.

Disebabkan itu ia dikatakan sebagai ayat pembuka yang perlu diamalkan samada sebelum membaca surah-surah, sebelum melakukan aktiviti harian dan sebagainya.

Imam Al-Nawawi menyebutkan bahawa – “Di antara perkara penting yang mesti seseorang itu tahu mengenai sifat basmallah dan kadar (minima) yang cukup daripadanya (ketika dilafazkan) ialah sebaik-baik lafaznya afdal apabila seseorang menyebut بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ. Akan tetapi, kalau dia hanya menyebut بِسْمِ اللَّـهِ sudah cukup baginya dan dia mendapat pahala sunat.” (Al-Azkar, hlm. 388)

Terdapat beberapa riwayat juga yang menyebut bahawa, ayat basmallah ini merupakan sebagai penanda bahawa sesebuah surah yang diturunkan itu berakhir.

Ibnu Abbas berkata, Nabi Muhammad SAW tidak mengetahui penutup setiap surah Al-Quran sehingga turunnya ayat

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

Dalam periwayatan yang lain ada menyebut, apabila turunnya ayat ini, mereka mengetahui surah itu sudah sampai ke penghujungnya.

Ia telah direkodkan oleh Abu Daud, Qutaibah bin Said dan Ahmad bin Muhammad bin al-Marwaziyy. Walaupun ada yang menyebut bahawa basmallah merupakan ayat pertama yang diturunkan oleh Jibril sebelum menyampaikan wahyu ‘bacalah’, namun jumhur ulama mengatakan bahawa ia adalah hadis yang mursal.

Adapun, berkenaan dengan ayat basmallah yang turun untuk menunjukkan bahawa sesebuah surah telah berakhir, kesemua periwayatannya adalah sahih mengikut syarat Bukhari (1/231).

Antara periwayat yang disebut ialah – daripada Sufyan bin ‘Uyainah yang mendengar daripada ‘Amru bin Dinar, daripada Said bin Jubair. Ia ada dinukilkan melalui Ar-Riwayat at-Tafsiriyyah fi Fath al-Bari

Tuntasnya, sebelum memulakan aktiviti harian anda, bacalah basmallah agar diri anda dirahmati Allah dan perkara yang anda lakukan itu diberkati.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Sebab-Sebab Turunnya Ayat Al-Quran terbitan PTS oleh Zulkifli Mohd Yusof dan Muhammad Mukhlis


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami