Gaya Hidup

“Awak, Lukis Boleh? Panjang Sangat Nak Baca”

Oleh Natirah Azira  •  28 Aug 2019  •  2 min baca

“Awak, lukis boleh? Panjang sangatlah nak baca”

Anda pasti pernah mendengar ayat tersebut diucapkan oleh sesiapa di media sosial. Biasanya apabila ulasan yang ditulis oleh seseorang panjang dan meleret-leret, maka komen sebegitu diberikan.

Apabila membacanya, ada dua persoalan yang boleh kita fikirkan.

Pertama, adakah ia hanya sekadar gurauan.

Kedua, adakah ia sebenarnya menggambarkan sebahagian daripada diri kita sebagai seorang yang malas membaca dan memang tidak suka berfikir?

Adakah itu menggambarkan bahawa dalam kebanyakan masa, kita hanya suka disuap? Kerana penerangan yang diberikan panjang, maka kita suruh mereka ‘melukis’ apa yang ingin disampaikan.

Jika apa yang ingin disampaikan oleh orang tersebut tidak penting, maka sudah pasti penerangannya kontot sahaja. Kerana apa yang ingin disampaikan dikira penting lah, maka penerangannya menjadi panjang. Maka, permintaan supaya ‘melukis’ seperti mempermain-mainkan atau memperkecilkan idea dan buah fikiran yang ingin disampaikan.

Buat Keputusan Sama Ada Untuk Terlibat Dalam Perbincangan Ataupun Tidak

Jika kita terserempak dengan perkongsian-perkongsian yang panjang di media sosial, maka buat keputusan sama ada untuk terlibat dalam perbincangan tersebut atau tidak.

Jika mahu, maka tanggungjawab anda adalah membaca penerangan yang ada dari awal hingga akhir. Jika sebaliknya, anda boleh mengabaikan sahaja penerangan yang diberikan dan tidak perlu menambah komen seperi ‘Lukis boleh tak?’ yang jika terlalu kerap ditulis kedengaran amat menjengkelkan sebenarnya.

Tindakan membaca dari awal dan tidak meninggalkan komen sebegitu sebenarnya adalah suatu tindakan yang menunjukkan bahawa kita menghormati apa yang cuba disampaikan oleh seseorang.

Membaca Adalah Proses Yang Lambat

Salah satu kesan media sosial adalah ia menjadikan kita seorang yang kurang bersabar. Kita mahukan segalanya cepat. Kita mahu baca hanya tulisan-tulisan yang pendek. Kita mahukan jawapan segera. Kita terbiasa dengan perkara yang mudah.

Sedangkan proses memahami dan mendapatkan kefahaman adalah proses yang lambat. Kadang kala kita perlu membaca berulang kali dan perlu merujuk pula daripada pelbagai sumber.

Dengan memperuntukkan sejumlah masa untuk membaca, maka kita sebenarnya melatih otak untuk berfikir dengan lebih kritis.

Ruang di media sosial adalah ruang yang cukup luas untuk mendapatkan ilmu pengetahuan jika digunakan dengan bijak. Tidak semua perkara perlu dikomen, dan jika kita mahu meninggalkan komen sekalipun dalam sesebuah perbincangan, komenlah dengan bijak, beradab dan dengan tujuan untuk mencari ilmu dan kebenaran.
.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami