Gaya Hidup

Aras Koridor Ini Ibarat Hati

Oleh Bahruddin Bekri  •  20 Apr 2015  •  2 min baca

Lampu koridor di aras flat saya ini sudah mati. Jadi ia gelap. Saya fikir, esok atau lusa, atau tulat, mana-mana saya ada masa dan rajin, akan tukar sendiri lampunya. Sekiranya sempat. Mana tahu ajk blok sudah menukar pada ketika saya masih dalam keadaan berhasrat.

koridor

Koridor boleh digambarkan sebagai sebuah hati sama ada bercahaya atau tidak. [Trang]

Saya biar dahulu gelap itu kerana saya seorang yang balik malam. Pada setiap aras yang saya naik, terang benderang dan ketika sampai pada aras saya, ia gelap dan memberikan saya satu rasa yang tidak tergambar.

Pelbagai imaginasi yang datang dalam kepala. Itu yang membuatkan saya hidup. Membuatkan saya seronok. Imaginasi bagaimana dalam samar-samar gelap itu, ada susuk bayang-bayang sudah menunggu di hadapan pintu.

Imaginasi, bagaimana sekiranya ketika melangkah dalam samar-samar yang gelap, saya terpijak sesuatu yang lembut-lembut daging. Bagaimana pula, sekiranya ketika saya sedang mencari-cari kunci dalam gelap, saya di sapa oleh satu suara yang tidak tahu siapa.

Namun, yang saya paling suka, adalah, gelap pada koridor itu juga adalah ibarat hati ini. Gelap hati itu menjadikan manusia suka berimaginasi. Suka menyangka sangka yang bukan-bukan. Suka berfikir yang buruk-buruk. Malah sempat lagi berfikir buruk, pada ketika cuba membuka pintu yang menyimpan cahaya.

Bersangka buruk kepada manusia, bersangka buruk kepada Tuhan, bermula dengan hati yang sudah hilang cahayanya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Bahruddin Bekri

Beliau merupakan penulis novel yang sudah menghasilkan 15 buah karya. Namun dia masih malu-malu mempromosikan karyanya sendiri.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami