Tokoh

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tabiin Dan Siapa Mereka

Oleh Fizah Lee  •  20 Oct 2020  •  2 min baca

Apabila kita melihat sejarah perkembangan hadis, pasti kita tahu bahawa ia bermula daripada zaman Baginda SAW kerana ia adalah kata-kata dan perbuatan Baginda yang kemudiannya diambil dan diamalkan oleh para sahabat.

Para sahabat ialah mereka yang sempat hidup dan bertemu dengan Baginda SAW (pada zaman Rasulullah) dan mengamalkan terus sunnah yang ada.

Selepas Baginda SAW wafat, para sahabat tetap meneruskan perjuangan Baginda dalam menyampaikan Islam dan umat Islam pada zaman (yang beriman dan bertemu sahabat) ini disebut sebagai tabiin.

Apa maksud tabiin? Ia adalah perkataan Arab yang bermaksud pengikut dan maksud sebenarnya ialah seorang muslim yang bertemu dengan sahabat dan mati dalam keadaan beragama Islam.

Ertinya di sini, setiap muslim yang bertemu dengan sahabat, berguru dan belajar daripada mereka (tidak sempat bertemu Rasulullah) diberi gelaran sebagai tabiin.

Gelaran ini bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad pada tahun 632 Masihi dan ia bermula sejak pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan.

Mereka juga ada meriwayatkan hadis yang didengar dan diambil daripada sahabat. Antaranya ialah Mujahid bin Zubir, Ata’ bin Abu Rabah, Said bin Musayyab, Muhammad bin Muslim Ibnu Syiyab Al-Zuhri, Urwah bin Az-Zubair bin Al-‘Awwam dan ramai lagi.

Kegigihan Tabiin Dalam Menuntut Ilmu

Walaupun para tabiin ini tidak pernah berjumpa atau ada yang belum beriman pada zaman Baginda SAW, namun selepas Islam dan hidayah sampai kepadanya, mereka beriman kepada Allah dengan iman yang sebenar-benarnya.

Bahkan, kegigihan mereka dalam menuntut ilmu demi menjadi muslim yang terbaik amat dikagumi.

Walaupun mereka tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah SAW, namun mereka tetap mengamalkan sunnah dengan teguh dan ada juga yang boleh menyampaikan dakwah dengan baik bagi mengajak orang lain ke arah Islam.

Keistimewaan tabiin ialah mereka sempat berguru dengan para sahabat. Walaupun mereka tidak berguru secara terus daripada Baginda SAW, namun ilmu daripada para sahabat juga dinilai baik kerana mereka belajar secara terus daripada Baginda SAW.

‘Abdullah bin Mas’ud meriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَجِيءُ مِنْ بَعْدِهِمْ قَوْمٌ تَسْبِقُ شَهَادَتُهُمْ أَيْمَانَهُمْ وَأَيْمَانُهُمْ شَهَادَتَهُمْ

Maksud: “Sebaik-baik manusia ialah pada kurunku, kemudian yang mengiringi mereka, kemudian yang mengiringi zaman selepas mereka, kemudian selepas itu akan datang kumpulan yang persaksian mereka itu mendahului sumpah mereka dan sumpah mereka mendahului persaksian mereka.” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 6429)

Wallahu a’alam.

Sumber:
Mufti Wilayah Persekutuan
Kajian Tentang Sejarah Dan Perkembangan Hadis


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami