Hukum

Apakah Hukum Memakai Emas Putih Bagi Lelaki

Oleh Natirah Azira  •  23 Jan 2020  •  2 min baca

Jika anda datang ke kedai emas, biasanya perkataan yang biasa dirujuk dalam menentukan jenis emas adalah ‘karat’. 24 karat bermaksud 24 bahagian emas (99.99% ketulenan) dalam sebentuk emas yang dijual.

Jika sebentuk emas yang dijual dilabel dengan 18 karat, bermaksud 18 bahagian daripada emas tersebut adalah emas dan baki 6 bahagian lagi merupakan logam lain yang dicampur. Ia bersamaan juga dengan 75% emas tulen dan selebihnya campuran.

Antara nama lain yang juga biasa disebut oleh penggemar-penggemar emas adalah emas putih. Ia adalah bahan yang terhasil daripada campuran dua unsur logam iaitu emas dengan salah satu logam putih (white metal) sama ada nikel, mangan (manganese) dan paladium (palladium).

Untuk menghasilkan emas putih, campuran emas kuning dan dialoikan dengan nikel perlu dilakukan, dengan kebiasaanya nisbah 90% emas dan 10% nikel.

Maka yang dimaksudkan dengan emas putih adalah hasil campuran antara emas dan bahan lain seperti platinum, zink, perak atau tembaga yang akhirnya akan merubah warna asal emas tersebut.

Apakah Hukum Memakai Emas Putih Bagi Lelaki?

Kita maklum bahawa hukum memakai emas bagi lelaki Muslim adalah haram. Namun, apa pula hukum bagi pemakaian emas putih?

Sekalipun emas tersebut sudah bercampur antara emas asli dan juga logam lain, namun hukum pemakaiannya masih haram bagi lelaki. Hal ini berdasarkan kaedah:

إذا اجتَمَع الحلالُ والحرامُ غُلِّبَ الحرام

“Apabila berkumpul perkara halal dan haram maka perkara haram akan lebih menguasai.” (Rujuk Al-Asybah wa al-Nazair oleh Al-Imam Al-Suyuti Rahimahullah, hal. 105)

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada tahun 2002 juga memutuskan bahawa haram memakai emas putih ke atas golongan lelaki. Wallahua’lam.

Sumber:

Mufti Wilayah


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami