Keluarga

Apabila Rumah Hanya Berfungsi Sebagai Hotel

Oleh Ebit Liew  •  9 Oct 2019  •  2 min baca

Seorang kakak meluah perasaan yang terbuku di hatinya kepada saya;

Suami saya setiap hari balik pukul 1 dua pagi. Kadang-kadang balik awal. Tapi terus pegang telefon dan tak bercakap langsung.

Katanya, setiap hari beliau keluar bekerja. Beliau juga yang menguruskan 3 orang anak seorang diri. Menguruskan rumah seorang diri. Tiada apa yang suaminya membantu.

Saya tidak kisah pun, cuma sedihlah ustaz. Apa saya patut buat, ada amalan tak saya boleh buat supaya suami saya nak pandang saya. Pedulikan saya. Stress sangat dan dah puas menangis. Penat dan rasa macam jadi bodoh je rasa. Macam tak berguna. Saya cuma nak dia beri sedikit perhatian untuk saya dan bimbing saya. Bukan nak banyak pun. Suami saya solat pun liat. Jarang nampak dia solat. Sedih rasa. Dulu saya pun jahil. Tapi sekarang saya dah mula perbaiki diri dan jaga solat. Tapi dia masih belum berubah.

Begitulah puan keadaan hari ini. Sedih dan kasihan lihat keadaan hari ini. Rumah menjadi semacam hotel. Tempat tidur sahaja. Dahulu rumah zaman Nabi S.A.W walaupun buruk dan sempit tetapi penuh bahagia di dalamnya. Rumah tempat bahagia dan rumahtangga pengubat jiwa.

Cuba puan amalkan 3 amalan ini. Pertama solat sunat hajat 4 rakaat, memohon hajat setiap hari. 2 kali salam. Doa khusus buat suami. Baca ‘laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin‘ 300 kali selepas solat. Hati manusia dalam genggaman Allah. Doa lebih berkuasa dari segalanya.

Keduanya, tetapkan waktu Ta’lim dan ajak suami bersama-sama duduk. Jika dia tidak mahu, teruskan buat bersama anak-anak. Jangan tinggalkan amalan Ta’lim. Baca Al-Quran dan hadis, supaya rumah bercahaya dan hidup. Malaikat yang membawa rahmat dan ketenangan memenuhi rumah kita.

Ketiga, setiap malam sebelum tidur cium tangan suami dan katakan kepadanya lebih kurang begini;

“Abang saya minta maaf atas semua salah silap saya. Terima kasih jadi suami saya. Tolong pimpin saya sampai melangkah masuk ke syurga bersama abang”

Bila seseorang mula rasa ini salah saya. Rahmat Allah bersamanya. Pertolongan Allah datang. Bila 2 orang bermula caci-mencaci kita terjauh dari rahmat Allah. Rahmat Allah hilang.

Puan tersebut melakukannya selama seminggu. 3 amalan itu. Akhirnya, suaminya menangis semasa hari ketujuh dia amalkan. Suaminya minta maaf;

“Sebenarnya abang yang tak baik. Abang yang berdosa. Maafkan abang sayang.

Syukur hari ini dek kerana doa isteri yang tulus ikhlas meminta dengan Allah S.W.T dapat membawa suami ke arah kebaikan.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami