Gaya Hidup

Apabila Islam Dipandang Tidak Bernilai

Oleh Ebit Liew  •  25 Mar 2018  •  4 min baca

Sedih apabila kena marah lagi, Insyaa Allah ada rahmat nanti akan datang.

Semalam saya pergi presentation di sebuah syarikat orang Islam. Mereka ingin membuat program motivasi 3 hari 2 malam. Setiap tahun mereka buat. Ramai yang datang membuat pembentangan.

95% syarikatnya pekerja Islam. Saya letakkan dalam jadual solat berjemaah dan setiap pagi perlu bangun jam 5.00 pagi untuk qiamulail.

Dia marah saya, katanya ini kursus solat. Kami nak kursus komunikasi dan kepimpinan. Keluarkan daripada jadual semua ini. Solat ini masing-masing lakukan.

Panjang lebar dia bebel saya, dia kata mesti dalam jadual awak asyik mencelah ceramah Islam dan pasal Nabi Muhammad, itu semua tidak akan mencapai tujuan program.

Mereka gelakkan saya, selepas itu boss besar muka semakin marah.

Saya jawab padanya;

“Allah sayang tuan puan boss semua. “

Daripada malam tadi saya doa Ya Allah jadikanlah hari esok ini baik buat saya. Allah ketemukan kita, saya yakin ada rahmat buat kita semua. Tuan puan boss semua, saya buat program teambuilding, kursus seperti ini semenjak 2008 sampai sekarang. Sudah beribu orang bukan Islam saya sampaikan ceramah.

Biasanya mereka baik sahaja, tetapi yang kurang yakin dengan Islam ialah orang Islam sendiri. Saya cina tetapi saya yakin dengan Islam ini. Ramai keluarga yang saya sayang tidak Islam tetapi saya hormat mereka.

Mereka hormat saya. Mereka siapkan tempat solat dan makanan halal buat saya. Memang inilah kerja saya buat training.

Saya boleh keluarkan jadual solat itu. Cuma solat itu tidak akan berpisah dari percakapan, hidup dan amalan saya.

Tepi jalan pun saya ajak orang solat. Mana-mana saya pergi saya ajak orang solat. Kerana saya yakin orang jaga solat Allah akan jaga dia. Sempurna solat sempurnalah kehidupan kita.

Jawab salah seorang daripada boss itu;

“Encik Ebit sebab itu kami malas buat dengan orang melayu Islam. Setiap tahun kami buat dengan orang luar negara atau bukan Islam.”

Sebenarnya bukan salah orang Melayu ke, salah Islam ke. Ini semua salah hati tuan sendiri yang tidak yakin dengan amalan Islam.

Tadi tuan bercerita masalah di syarikat ini tak selesai-selesai dari dulu. Macam-macam berlaku tidak amanah. Walaupun setiap tahun buat program motivasi dari luar negara. Apa kata kita cuba buat program ini.

Kita isi dalaman dengan merasai Allah Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Sunnah dalam pekerjaan dan sunnah dalam keluarga sebab kita bukan robot.

Kita masing-masing ada keluarga dengan solat dan kasih sayang keluarga bahagia. Insyaa Allah di tempat kerja juga bahagia.

Seorang boss mencelah;

“Terus terang saya tidak percaya semua ini. Tetapi saya berjaya dalam kerja saya. Saya tepati masa, kerja saya bagus. Saya capai cita-cita saya tanpa semua itu.

Saya pandangnya dan berkata;

Dahulu keluarga saya pun begitu juga kaya dan hebat. Tetapi hari paling bahagia dalam hidup kami semua adalah apabila keluarga kami menuju pada Allah. Jaga solat.

Dia senyap dan katanya perlahan;

“Saya pun memang ada masalah keluarga. Macam-macam jadi. “

Dia diam terus. Saya berkata;

“Tidak mengapalah saya sudah serah proposal tadi. Saya terus terang saya terlalu gembira jumpa semua dan terlalu gembira jumpa ramai orang dekat sini di luar tadi. Saya datang bukan sebab nak program. Tetapi saya cuma niat silaturrahim dan menyampaikan dakwah.”

Begitulah keadaan banyak organisasi di Malaysia. Ramai orang Islam ketuanya. Tetapi memang takut dengan agama sendiri. Organisasi besar-besar negara yang pemegang saham orang Islam pun semua import orang putih menjadi CEO.

Tahniah semua. Berjuta baik orang Islam yang buruknya kita nampak. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada daging. Carilah kebaikan dalam diri semua orang.

Dahsyatnya memandang bangsa atau agama sendiri begitu. Dulu mak dan ayah kita orang kampung, kita jadi orang hebat. Berhentilah pandang rendah pada bangsa atau agama sendiri.

Kita anak hebat-hebat juga tetapi bersalam pun tidak pandai. Adab dengan orang pun tidak pandai. Malam masuk club dan tinggalkan solat tanpa bersalah. Kita semua sama yang bezakan cuma takwa.

Mereka memang tidak risau pekerja tidak solat. Mereka belum melihat keajaiban solat.

Mereka faham kerja menjadi baik cuma dengan cara menghantar mereka melompat-lompat dan berseronok. Tidak salah, tetapi salah kalau bila hati sudah tidak yakin dengan Al-Quran dan amalan Islam.

Mereka semua baik-baik. Dunia hari ini dan keadaan tulisan di media sosial atau kefahaman umat Islam menunjukkan betapa lemahnya saya buat dakwah.

Semuanya salah saya. Ya Allah aku mengadu lemah dan dhaif dalam menyampaikan dakwah ini. Ampunkan semua dosa-dosaku.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ebit Liew

Ebit Liew

Ustaz Ebit Irawan Ibrahim Lew merupakan seorang perunding latihan dan penceramah motivasi melalui syarikat beliau Transform Training & Consultancy. Beliau telah mengendalikan lebih dari 1000 kursus korporat, pelajar, keluarga dan usahawan. Beliau juga merupakan panel jemputan media seperti Ikim.fm, TV Al-Hijrah dan sebagainya.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami