Ibadah

Apa Yang Dimaksudkan Penyakit Hati

Oleh Fizah Lee  •  16 Jun 2020  •  2 min baca

Jika anda sakit secara zahir atau dalam bahasa mudahnya, anda demam sebagai contohnya, pasti anda tidak mempunyai selera makan.

Walaupun ibu anda memasak bubur yang paling sedap atau makanan kegemaran anda, tetap selera itu tidak akan hadir.

Sama juga dengan hati manusia yang sakit. Jika sudah sakit dan terlalu parah, segala kebaikan di dunia atau segala nasihat yang dilontarkan kepada anda pastinya sukar untuk diterima.

وَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَتْهُمْ رِجْسًا إِلَىٰ رِجْسِهِمْ وَمَاتُوا وَهُمْ كَافِرُونَ

Mafhum: “Adapun orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam hati mereka, maka surah al-Quran itu menambahkan kekotoran (kufur) kepada kekotoran (kufur) yang ada pada mereka; dan mereka mati sedang dalam keadaan kafir.” (Surah At-Taubah, 9:125)

Antara tanda seseorang itu wujud penyakit hati ialah terlalu cintakan dunia dan takut untuk menuju akhirat. Sedangkan, tujuan kita dihidupkan ke dunia ini adalah untuk menuju akhirat.

Penyakit hati merupakan penyakit yang paling merbahaya dan paling perlu diberi perhatian. Ia boleh mengundang kepada satu penyakit ke satu penyakit yang berbahaya. Dalam erti kata lain, ia boleh merebak.

Disebabkan itu, kita melihat umat terdahulu seperti para ulama sangat menekankan penjagaan hati. Apabila terdetik di hati untuk melakukan dosa atau sudah terlajak berbuat dosa, mereka akan segera beristighfar dan bertaubat.

Bimbang jika ditangguh lama-lama, ia akan merebak dan membawa kepada penyakit lain. Dengki dengan rezeki orang lain, malas untuk menunaikan solat, merasakan diri sentiasa betul dan sukar menerima nasihat daripada orang lain merupakan antara perkara yang boleh diambil perhatian.

Justeru, apabila anda merasakan diri sudah mempunyai tanda-tanda penyakit hati, segeralah beristighfar. Jangan memandang ringan akan perkara ini.

Penyakit zahir hanya memberi kesan kepada anda di dunia. Namun, penyakit hati boleh memberi kesan kepada dua perkara, iaitu dunia dan akhirat.

Wallahu a’alam.

Sumber:
Muslim.or.id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami