Remaja

Apa Yang Boleh Dilakukan Saat Anda Jatuh Cinta

Oleh Fieyzah Lee  •  28 Sep 2019  •  3 min baca

“Luah je, kalau tak nanti kau akan melepas.”

“Eh, kau yakin ke dia tu suka kat kau? Silap hari bulan nanti menangis tepi bucu katil sebab kena reject.”

Macam-macam lagi ayat yang diutarakan oleh kenalan atau kawan-kawan kita tatkala kita meminta nasihat atau rujukan mengenai persoalan cinta. Ada yang seolah-olah berfikir bahawa anda tidak layak mempunyai perasaan tersebut dan ada juga yang menyokong anda sepenuhnya untuk membantu merealisasikan kisah cinta anda.

Namun, apa sebenarnya yang boleh dilakukan oleh diri anda saat anda rasa ada seseorang dalam hati anda yang setiap hari anda akan fikir. Apabila anda melihatnya, bibir anda tanpa sedar mengukir senyum dan pelbagai lagi imaginasi yang mungkin akan melintas dalam benak kepala anda.

Malah, nama seseorang itu akan dikira sebagai salah satu muzik yang paling merdu di telinganya.

Apabila dilihat mengenai kisah-kisah mereka yang berkongsi mengenai cinta – Yakin dan doa, itu sahaja cara yang penting untuk memulakan hubungan cinta anda.

Jadi, untuk entri kali ini, kami akan bekalkan kepada anda mengenai bagaimana cara yang betul untuk memandu diri dan perasaan anda saat dilamun cinta

#1 – Betul Ke Itu Cinta

Tanya kepada diri anda, mengapa anda berkelakuan sedemikian? Betulkah perasaan yang hadir itu adalah cinta atau mungkin juga hanya sekadar mainan perasaan dan nafsu anda semata-mata?

Hati-hati jika ia adalah nafsu kerana selalunya perkara ini datangnya dari syaitan yang sentiasa berusaha merosakkan anak-anak Adam.

Periksa semula di mana keadaan anda waktu itu. Adakah anda dikelilingi oleh golongan mereka yang sedang hangat bercinta? Semua orang sedang bercinta – kawan baik anda, kakak anda, malah mungkin juga pensyarah anda.

Jadi, apabila melihat mereka, anda cenderung untuk merasa sunyi kerana anda tidak diberi ruang untuk merasai perasaan itu.

Ia sekali gus membuatkan hati anda ingin mencari seorang pasangan untuk dijadikan penghilang kesunyian tersebut. Kadang-kadang, mereka yang tidak dikenali pun boleh dijadikan crush anda pada waktu itu.

Jika ia cinta, maka ia akan hadir bukan pada saat anda tercari-cari, sebaliknya pada saat anda bersedia. Sebab itu kadang-kadang kita mendengar cerita mereka yang berkahwin dengan kawan baik sendiri kerana baru menyedarinya setelah sekian lama berhubung.

Pastikan ia cinta yang sebenar, dan bukan kisah cinta yang anda cuba ukir saat melihat orang lain juga sedang melakukan perkara yang sama.

#2 – Stalk Dulu

Jika betul ia cinta, jangan terburu-buru untuk meluahkan, bimbang anda yang akan menanggung malu jika ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.

Cari tahu dulu mengenai statusnya, adakah dia masih bujang atau hatinya sudah dimiliki. Jika dia bujang, adakah dia seorang yang minat dengan alam percintaan atau sebaliknya.

Jika dia sudah mempunyai pasangan, maka eloklah dilupakan hasrat untuk mencuba nasib, melainkan jika anda memilih untuk menunggu kerana yakin dengan pilihan hati dan istikharah anda.

Tetapi, menurut beberapa pakar cinta mengatakan bahawa – anda akan bahagia apabila melihat si dia juga bahagia. Itulah cinta yang sebenar.

#3 – Luah Dengan Cara Yang Bermaruah

Hidup anda ini bukan seperti cerita-cerita atau drama cinta setiap petang yang sering kita tonton. Elakkan mengikut cara-cara Barat atau yang tidak sesuai digunakan.

Jadi diri sendiri dan luah dengan cara anda berdasarkan kematangan yang ada. Tidak perlu berbelanja ratusan ringgit untuk meluahkan, cukup anda tunjuk hati dan keihklasan anda.

Adalah lebih baik jika kita mengikut ajaran yang dibawa seperti menggunakan orang tengah untuk bertanya. Ia untuk menjaga maruah anda jika cinta anda itu ditolak.

Kesimpulan

Yang paling penting ialah, bercinta apabila anda merasakan bahawa anda sudah bersedia dan bukan untuk mengisi kekosongan jiwa dan raga anda yang mengundang kepada hubungan yang sia-sia.

Bimbang suatu hari nanti wujud bebenang yang tidak diingini di laman Twitter seperti memburukkan pasangan masing-masing dan sebagainya.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami