Gaya Hidup

Apa Yang Boleh Dilakukan Pada Malam Tahun Baru

Oleh Fizah Lee  •  31 Dec 2019  •  3 min baca

Apa yang boleh dilakukan pada malam tahun baru? Buat anda yang masih bercuti, pastinya sedang mencari-cari aktiviti yang boleh dilakukan pada malam ini.

Dalam entri lepas kita telah membincangkan mengenai hukum menyambut tahun baru dan mengucapkannya sama ada kepada orang Islam dan juga bukan Islam, jadi tiada kesalahan buat anda yang berniat untuk meraikan tahun baru selagi mana ia tidak melanggar syara’.

Walau bagaimanapun, sebagai umat yang berpandukan Al-Quran dan Hadis, meraikan tahun baru atau mana-mana perayaan yang tidak berkaitan dengan Islam tidak perlulah dilakukan dengan meriah, cukup meraikan untuk memberi semangat kepada diri sendiri bagi memasuki alam baru.

Jika mendapat undangan daripada mana-mana majlis, pastikan majlis tersebut tidak mengandungi hiburan yang melampau sehingga melanggar batas syara’, menghidangkan hidangan yang haram dan wujudnya pembaziran.

Buat anda yang masih lagi merancang aktiviti apa yang ingin dilakukan pada malam tahun baru, jangan risau kerana entri kali ini akan memberikan beberapa cadangan ringkas kepada anda;

#1 – Kemas Kini Azam Anda

Lihat balik senarai azam yang telah anda impikan dan bandingkan dengan pencapaian pada tahun sebelumnya. Jika ada yang belum tercapai, tidak salah untuk membawanya ke tahun yang baru, namun perlu selari dengan strategi yang baru juga. Jika menggunakan gaya dan strategi yang lama, pisang mungkin akan berbuah dua kali. Dalam erti kata lain, mungkin cenderung untuk kecundang lagi.

Oleh itu, setiap azam yang anda ingin capai, pastikan ia dirancang bersama strategi baru untuk membantu anda mencapainya. Orang kata, kereta tanpa minyak sahaja tidak berguna kerana ia tidak akan bergerak. Oleh itu, pastikan azam anda lengkap dengan strategi.

#2 – Solat Sunat Dan Berdoa

Jika untuk sambutan awal Muharram, umat Islam dianjurkan berdoa dengan doa yang dikhususkan, iaitu doa akhir dan awal tahun.

Kebiasaannya, masjid-masjid juga akan melakukan solat hajat dan bacaan Yaasin bagi meraikan tahun baru umat Islam tersebut.

Tidak salah untuk anda berdoa dan menunaikan solat hajat pada waktu ini juga. Ambil sedikit masa dan ruang selepas solat Maghrib atau Isyak bagi menunaikan solat sunat dua rakaat, sama ada solat sunat taubat dan juga solat sunat hajat.

Boleh juga ditambah dengan membaca mana-mana surah seperti Surah Yaasin dan berdoa kepadaNya agar tahun baru ini lebih diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Bergantung kepada apa yang anda hajatkan.

Bahkan, solat dan doa ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tanpa perlu menunggu tahun baru sendiri.

#3 – Belanja Keluarga Makan

Buat anda yang pulang bercuti, boleh mengambil ruang ini untuk mengeratkan tali hubungan dengan ahli keluarga anda. Bukan mudah untuk mendapat cuti dan berkumpul bersama keluarga.

Jadi, gunakan peluang ini untuk mencipta kenangan baru bersama mereka sambil mengenang memori manis yang pernah terjadi sepanjang tahun-tahun belakangan itu.

Buat anda yang mungkin tidak pulang bercuti atau sukar berkumpul bersama keluarga, boleh belanjakan sedikit makanan dan wang anda kepada mereka yang memerlukan atau juga kepada kenalan. Terpulang kepada anda. Dengan memberi, kita juga berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Kesimpulan

Meraikan tahun baru itu biarlah secara besederhana dan tidak melanggar syara’ kerana Islam tidak melarang umatnya berseronok bagi meraikan kebahagiaan tetapi dalam masa yang sama perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Wallahu a’alam.

Baca juga:
Hukum Menyambut Tahun Baru


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami