Ibadah

Apa Itu Ilham Atau Kata Hati

Oleh Natirah Azira  •  14 Nov 2018  •  2 min baca

Ilham atau sering juga disebut sebagai bisikan hati, kata hati atau firasat, sering menjadi kekhuatiran kita apabila memohon petunjuk daripada Allah, tidak kiralah melalui doa atau solat istikharah secara khusus. Kita tertanya-tanya, apa sebenarnya yang dimaksudkan oleh ilham atau firasat itu dan bagaimanakah untuk membezakan firasat yang baik dengan buruk.

Dari segi bahasa, ilham (لهم) bermaksud ‘menelan’ seperti kata Ibn Faris. (Lihat Mu’jam Maqayis al-Lughah, 5/217)

Apabila dikatakan “Allah ilhamkannya yang baik,” ia dengan maksud Allah mengajarkannya. (Lihat Tahzib al-Lughah, 6/6169)

Pada istilah syarak, terdapat beberapa pandangan antaranya:

Al-Syeikh al-Syanqiti berkata:

“Berlaku sesuatu pada hati dengan satu sangkaan tanpa sebarang dalil dan bukan berdasarkan hujah akal, yang Allah khususkan kepada siapa yang dikehendaki daripada hamba-Nya.”(Lihat Adwa’ al-Bayan, 3/323-324)

Berkenaan dengan dalil ilham, terdapat satu hadis daripada al-Nawwas bin Sam’an, Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya: Allah SWT telah membuat perumpamaan tentang jalan yang lurus. Di kedua sisi jalan tersebut terdapat dua tembok. Di kedua tembok tersebut terdapat pintu-pintu yang terbuka.

Di atas pintu-pintu tersebut terdapat tirai yang diturunkan dan di atas pintu ada jalan (lurus) yang ada penyeru yang berkata: “Wahai manusia, masuklah kamu kesemuanya ke dalam jalan dan janganlah kamu menyimpang (daripadanya).”

Jika seseorang hendak membuka salah satu pintu dari pintu-pintu itu, maka penyeru yang berada di atas pintu itu berkata: “Celaka engkau, jangan engkau buka pintu tersebut. Jika engkau membukanya, nescaya engkau terjerumus masuk ke dalamnya.”

(Rasulullah SAW menjelaskan) Jalan tersebut ialah Islam, kedua tembok itu ialah batasan-batasan Allah, pintu-pintu yang terbuka ialah perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah SWT, penyeru di atas pintu adalah Kitabullah, dan penyeru di atas jalan ialah penasihat (yang Allah utus) dalam hati setiap Muslim- Riwayat al-Tirmizi (2786), Ahmad (17909) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (245)

Ibn Qayyim Rahimahullah menyatakan, ini adalah pernyataan pada hati orang yang beriman iaitu ilham Ilahi melalui malaikat (Lihat Madarij al-Salikin, 1/46)

Berdasarkan dalil di atas, tahulah kita bahawa ilham ini ialah petunjuk yang benar dari Allah buat hamba-hambanya. Ia dicampakkan ke dalam hati Muslim, dan dengannya kita mendapat petunjuk dan dituntun ke jalan terbaik yang ditentukan oleh Allah.

Namun bagaimana pula untuk membezakan bahawa ilham tersebut benar-benar dari Allah atau sekadar bisikan syaitan?
Jom teruskan pembacaan di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sumber:
Al-Kafi #892: Beza Antara Ilham Yang Baik Dan Ilham Yang Buruk


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami