Inspirasi

Antara Kentut, Dosa & Sengsara

Oleh Al Irfan Jani  •  1 Dec 2014  •  3 min baca

Sahabat Usrah

Penulis bersama sahabat-sahabat dalam program usrah di Jepun. [JahaGifu]

Fan, kau nak tahu tak, satu perkara yang lebih sengsara dari sengsara?

Terkejut saya dengan soalan dari sahabat seusrah saya ini, “Hah, apa dia?”

Jawabnya, “Perkara yang paling sengsara, adalah apabila kita SEDAR DIRI bahawa kita dalam kesengsaraan.”

“Cuba kau jelaskan,” saya masih kabur.

“Ok, bayangkan, ada 2 situasi.

Situasi A : Kau sedang tidur. Kawan kentut di sebelah. Tapi kau tak sedar.

Situasi B: Kau sedang tidur. Kawan kentut di sebelah. Tapi dia kejutkan kau.”

Dia menghirup kopi panas, lalu menyambung kenyataannya,

“Jika kau berada dalam kedua-dua situasi, situasi manakah yang kau rasa SANGAT sengsara?”

Dengan pantas, saya jawab, “Pastilah B.”

“Kenapa?”

“Sebab kita SEDAR betapa busuknya bau kentut kawan kita tu. Tapi kalau situasi A, kita tak sedar pun ada bau kentut.”

***

“Kau tahu tak, Fan. Sebenarnya, dalam kedua-dua situasi, kita mengalami kesengsaraan yang serupa, iaitu menghirup gas metana yang merbahaya (jika keterlaluan lah). Seperti yang kita tahu, gas metana ini boleh dijadikan bahan bakar. Bahan bakar seperti metana, gasolin, dan turpentin, jika dihidu berterusan, boleh jadi ketagihan yang dikenali sebagai INHALAN. blabla….”

Saya terus menyampuk, “Ah, apa kau merepek ni? Itu kalau berlebihan. Tapi ini sekali-sekala. Aku sengsara bukan sebab kebahayaan gas itu. Tapi sebab BUSUK!”

“Ok, bayangkan, macam mana kalau tiap-tiap hari kau bau kentut tu, sampai kau TERLUPA bahawa kentut itu sebenarnya busuk?”

Saya terdiam.

Dan sebenarnya dari perbualan itu, ada banyak yang saya belajar dari perkongsian sahabat saya ini, sahabat yang saya kasihi kerana Allah:

1) Sebenarnya, apabila kesengsaraan itu dibiasakan sehari-hari, kita akan sampai tahap rasa terbiasa. Lagi parah, kita akan TERanggap ia sebagai RUTIN sahaja.

2) Begitu juga dengan dosa. Setiap kali kita lakukan dosa, secara fitrahnya hati yang suci ini rasa bersalah juga. Namun, hari demi hari, dosa demi dosa yang kita ulangi, akhirnya perasaan bersalah itu hilang. Waktu itu, hati kita pun mulai gelap. Dan digantikan pula rasa bersalah itu dengan rasa puas.

3) Sebab itulah, pendekatan yang paling baik untuk membimbing kawan-kawan kita dari zon dosa adalah KEJUT dan SEDAR. Kita harus KEJUTkan kawan kita itu, SEDARkan dia bahawa betapa SENGSARA hidupnya selama ini, betapa banyak lagi ketenangan yang boleh dia raih selepas ini. Kemudian, barulah akhirnya kita kembali sujud kepada Allah Yang Maha Pengampun.

4) Antara si pengentut, ataupun yang dikentut, janganlah jadi kedua-duanya. Tapi jadilah SI PENGEJUT. Itulah tuntutan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini, iaitu sering saling memberikan peringatan.

5) Akhir sekali, aku kalau dapat tahu siapa yang kentut senyap-senyap, memang siap aku kerjakan!! SIAPPP!!


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Al Irfan Jani

Al Irfan Jani

Beliau merupakan seorang usahawan yang melihat sesuatu dari dimensi yang berbeza. Walaupun sekadar memerhati sesuatu di jalanan tetapi beliau mampu mengutip pelbagai pengajaran yang berguna.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami