Gaya Hidup

Andai Aku Hidup Kembali

Oleh Rizal Alhaj  •  12 Dec 2018  •  3 min baca

Andai kata kita sudah mati. Jika Allah S.W.T memberikan kita peluang untuk hidup semula dan boleh membuat satu amalan sahaja, apakah amalan yang agaknya kita akan lakukan?

Adakah solat? Adakah membaca Al-Quran? Adakah berselawat? Adakah bersedekah? Atau adakah kita akan berpuasa?

Mari kita baca jawapannya. Satu kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Sayuti)

Sedekah

Kenapa si mati lebih memilih untuk bersedekah seandainya dia dihidupkan kembali ke dunia? Sebagaimana firman Allah S.W.T; 

“Wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah…” 


Surah Al-Munafiqun : 10

Sedangkan dia tidak pun berkata “supaya aku dapat mengerjakan umrah atau  solat atau berpuasa?” Seorang ulama berkata;

“Tidaklah seseorang yang telah mati itu menyebut untuk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yang telah dilihatnya selepas kematiannya..”

Maka hendaklah kamu perbanyakkan bersedekah kerana sesungguhnya seorang mukmin akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti.

Bersedekahlah untuk saudaramu yang telah pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap untuk kembali ke dunia untuk bersedekah dan melakukan amalan soleh.

Oleh itu realisasikanlah harapan mereka dan latihlah anak-anakmu supaya membiasakan diri dengan bersedekah.

Bersedekahlah. Sesungguhnya Allah S.W.T. memberi ganjaran kepada orang yang bersedekah. Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1.Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu-pintu Syurga.

2. Sedekah adalah sebaik-baik amalan soleh dan sebaik-baik sedekah ialah memberi makan.

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka.

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah S.W.T. dan kepanasan kubur.

5. Sedekah adalah sebaik-baik hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah S.W.T. akan rezeki (kerana bersedekah).

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dapat menggandakan kebaikan.

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat.

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu daripadanya (hari kiamat).

9. Sedekah menjadi punca keampunan terhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan.

10. pembawa berita gembira tentang pengakhiran yang baik dan punca doa malaikat buatnya.

11. Orang yang bersedekah adalah orang yang terbaik dikalangan manusia.

12. Pahala sedekah pula adalah untuk semua yang berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya untuk si pemberi)

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yang banyak dan pahala yang besar.

14. Orang yang suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yang bertaqwa.

15. Sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah S.W.T. kepada si pemberi.

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati.

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkai segala kesulitan.

18. Bersedekah menolak bala dan menutup 70 kejahatan di dunia.

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan.

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh.

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian.

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung-burung.

Sebaik-baik sedekah sekarang ini ialah kita menyebarkan artikel ini dengan niat untuk bersedekah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rizal Alhaj

Rizal Alhaj

Berasal dari Selangor

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami