Inspirasi

Anda Ialah Pakar Motivasi Terhebat Kepada Diri Sendiri

Oleh Fieyzah Lee  •  30 Oct 2019  •  3 min baca

Seringkali kita diundang untuk menghadiri majlis-majlis ilmu untuk menaikkan semangat dan motivasi dalam diri. Kadang-kadang, kita sendiri yang akan mencari majlis-majlis ilmu berbentuk motivasi untuk membantu mengawal emosi dan menambah semangat kita.

Nick Vujicic, Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, Anthony Robbins dan Dr Wayne Dyer merupakan antara pakar motivasi yang terkenal di dunia. Buka sahaja carian di Google atau Youtube, pasti anda akan menjumpai banyak video atau kata-kata semangat daripada mereka.

Ia sedikit sebanyak mampu membantu minda untuk mengeluarkan aura dan pemikiran negatif lalu menggantikannya dengan aura yang positif agar hari-hari kita mampu dilalui dengan baik.

Namun, sedarkah anda bahawa motivator sebenar ialah diri anda sendiri? Kata-kata motivasi atau semangat yang hadir dari dalam diri sendiri adalah yang terbaik untuk diri anda sendiri.

Walau sehebat mana susuk tubuh di atas pentas yang melontarkan bicara inspirasi, namun ia hanyalah sebuah kata-kata yang masuk ke telinga namun masih ia bukan jaminan diri anda akan turut melakukannya.

Kata-kata motivasi itu sekadar pencetus untuk anda berubah, tetapi hakikatnya ia akan berbalik kepada diri anda sendiri sama ada untuk betul-betul melaksanakan perubahan atau tidak.

Jadi, bagaimana untuk menetapkan minda agar dapat menjadi pakar motivasi terhebat kepada diri anda sendiri?

#1 – Berjiwa Besar

Orang yang berjiwa besar akan dapat melepasi halangan dan ujian serta menetapkan sasaran kejayaan. Berjiwa besar di sini menunjukkan bahawa anda seorang yang mempunyai keyakinan diri dan sentiasa berusaha untuk melangkah ke hadapan dengan dorongan dari dalam anda sendiri.

Tidak pernah berputus asa dan sentiasa melangkah daripada kegagalan juga merupakan salah satu sifat orang yang berjiwa besar.

#2 – Kegagalan Adalah Peluang Kejayaan

Mungkin anda pernah mendengar kisah-kisah inspirasi mereka yang mencuba berkali-kali namun gagal. Tetapi kegagalan itu tidak pernah membunuh semangat mereka untuk menempa kejayaan.

Kisah kejayaan seperti Thomas Alva Edison yang gagal berkali-kali untuk mencipta mentol dan juga kisah Colonel Sanders yang mencuba sedaya upaya agar Kentucky Fried Chicken beliau diterima oleh semua orang.

Banyak lagi kisah inspirasi mereka yang tidak menjadikan kegagalan sebagai titik perhentian sebagai penguat semangat kepada anda.

#3 – Isi Jiwa Dengan Iman

Beriman itu maksudnya percaya dengan sepenuh hati. Maka, dalam konsep ini, percaya kepada diri sendiri untuk menguasai masa depan anda.

Namun, dalam masa yang sama, kepercayaan dan pengharapan itu perlu diletakkan sepenuhnya kepada Allah kerana hanya Allah yang Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّـهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَىٰ رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

Mafhum: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah.” (Surah Al-Anfal, 8:2)

Kesimpulan

Menjadi manusia yang boleh memotivasikan orang lain itu mudah, namun untuk memotivasikan diri sendiri itu adalah bergantung kepada diri dan kekuatan minda anda.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami