Gaya Hidup

Amalkan 5 Perkara Ini Untuk Menjemput Kebahagiaan Di Dunia Dan Akhirat

Oleh Marina  •  19 Sep 2017  •  3 min baca

Diriwayatkan daripada sahabat Abdullah bin Amr bin Al-Ash r.anhu;

“Lima perkara jika dimiliki seseorang, maka ia berbahagia di dunia dan akhirat, iaitu pertama; menyebut ‘Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah’ dari waktu ke waktu. Kedua, jika menerima bencana, menyebut, ‘Inna Lillahi wa inna ilaihi roji’un, wala haula wala quwwata illa billa hil alliyyil adzim. Ketiga, jika menerima anugerah kenikmatan, menyebut ‘Alhamdulillahi Rabbil Alamin’ sebagai mensyukuri nimmat tersebut. Keempat, apabila memulai sesuatu, ucapkan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dan kelima, jika terlanjur berbuat dosa ucapkan, ‘Astaghfirullahal ‘azhiim wa atuubu ilaih’.”

Berdasarkan riwayat sahabat ini, dapatlah dijelaskan bahawasanya terdapat 5 kalimah zikir yang boleh kita amalkan dalam kehidupan seharian, seterusnya menjadi bekalan diakhirat sana nanti. Antaranya seperti berikut;

#1 – Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah

Maksud bagi kalimah ini adalah,

“Tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah utusan Allah.”

Selain dijadikan sebagai zikir dalam hidup seharian, kalimah ini juga termaktub dalam syahadah yang utama bagi pengakuan diri setiap umat Islam yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya.

#2 – Inna lillahi wa inna ilaihi roji’un, wala haula wala quwwata illa billa hil alliyyil adzim

Maksud bagi kalimah ini adalah,

“Sesungguhnya kita semua milik Allah dan kepada-Nya kita akan kembali. Tiada daya upaya dan tiada kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah yang Maha Mulia lagi Maha Agung.”

Biasanya, kalimah ini diucapkan kepada mereka yang menghadapi kematian. Sungguh pun begitu, ia juga boleh diucapkan bagi mereka yang menghadapi apa jua musibah seperti kemalangan, kesakitan, kebakaran, kehilangan harta benda dan sebagainya.

#3 – Alhamdulillahi Rabbil Alamin

Bermaksud,

“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.”

Hal ini sepertimana sabda Baginda Nabi SAW yang bermaksud;

“Ucapan yang paling disukai oleh Allah itu ada empat iaitu Subhanallah, walhamdulillah, walaa ilaaha illallaah, wallahu akbar dan boleh sahaja kamu mulai membacanya dari mana pun.” (Hadis Riwayat Muslim dan An-Nasaie)

#4 – Bismillahirrahmanirrahim

Kalimah ini bermaksud,

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.”

Abu Hurairah r.anhu berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Setiap perkara yang mempunyai tingkah laku yang baik, jika tidak dimulakan dengan menyebut asma Allah, maka perkara itu terputus (tidak membawa keberkatan).” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban)

#5 – Astaghfirullahal ‘azhiim wa atuubu ilaih

Adapun bagi kalimah kelima ini, ia bermaksud

“Aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya.”

Tahukah kita, kalimah istighfar ini mengandungi pelbagai kaifiatnya. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

“Barangsiapa yang membiasakan membaca istighfar, maka Allah menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan, terbuka dari setiap kesusahan dan Dia memberi rezeki kepadanya dengan tidak disangka-sangka.”(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

Ini hanyalah 5 kalimah sahaja, hakikatnya terdapat banyak lagi zikrullah yang boleh diamalkan asalkan ianya bermatlamat yang satu, iaitu untuk memuji serta mengagungkan Allah SWT. Akhir kata, mari sama-sama kita renungkan sabda Nabi SAW ini;

“Janganlah memperbanyakkan ucapan selain zikir kepada Allah, kerana sesungguhnya banyak bercakap yang bukan zikir kepada Allah itu akan menjadikan hati keras dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah adalah orang yang hatinya keras.”(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Sumber : Kitab Nashaihul ‘Ibad, Imam Nawawi.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami