Inspirasi

Allah Menguji Dr Ramadan Al Buti Tentang Akhlak Dalam Mengkritik

Oleh Natirah Azira  •  3 Mar 2019

(Perkongsian dalam video di atas telah disampaikan oleh Syeikh Dr Ramadan Al Buti, dibawakan oleh MutarjimClips)

Dr Syeikh Ramadan Al Buti dalam video di atas menceritakan pada suatu hari beliau melihat seorang lelaki yang sering ke masjid tempat beliau berceramah telah memotong janggutnya, sedangkan sebelumnya dia mempunyai janggut yang lebat.

Lantas Dr Ramadan mengkritik apa yang dilihatnya di dalam hati, “Sebelum ini kamu mempunyai janggut yang lebat tapi kenapa kamu mencukurnya? Kalau dari awal kamu memang berpenampilan begini tidak mengapa, tapi kenapa baru sekarang…”

Pada suatu hari Dr Ramadan sendiri diuji oleh Allah. Tukang gunting telah terpotong janggutnya lebih nipis daripada biasa, dan beliau tidak mampu berbuat apa-apa.

Beliau tahu bahawa Allah ingin mengujinya dengan adab dan akhlak. Sekalipun kritikan tersebut hanyalah di dalam hati namun telah ada rasa buruk sangka dan juga rasa tidak puas hati.

Mungkin kita juga pernah melalui pengalaman yang sama. Kita mengkritik dalam hati tentang perbuatan orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kita, bahkan mungkin tindakan mereka tidak ada salahnya, dan akhirnya Allah menguji kita dengan perkara yang sama.

Allah ingin mendidik tentang hal berkaitan hati – kita tidak boleh berburuk sangka. Sebaiknya hal tersebut diluah dan dibincangkan jika perlu. Jika ada kesalahan yang perlu ditegur, maka tegurlah secara baik.

Setiap orang diuji berbeza-beza. Ada yang diuji dengan perbuatan buruk yang mereka lakukan, ada pula yang diuji dengan ‘perbuatan baik’. Disebabkan itu, kita dianjurkan sentiasa mengucapkan istighfar, takut-takut ada tingkah laku yang telah mengundang murka Allah tanpa sedar. Wallahua’lam.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami