Gaya Hidup

Al-Quran Mengajarkan Doa Yang Perlu Dibaca Buat Saudara

Oleh Fizah Lee  •  16 Dec 2019  •  2 min baca

Islam telah menetapkan dua paksi dalam kehidupan manusia, iaitu hubungan dengan manusia kemudian hubungan dengan sesama manusia. Umum mengetahui, hubungan dengan Allah perlu didasari kepada pelaksanaan perintahNya dan meninggalkan laranganNya.

Perhubungan dengan manusia pula perlu didasari dengan rasa persaudaraan dan kasih-sayang. Martabat yang lebih tinggi dari itu ialah itsar, iaitu seseorang itu melebihkan orang lain ke atas dirinya sendiri.

Apabila melihat persaudaraan dan ukhwah yang telah ditonjolkan antara Baginda dan para sahabat, dapat diakui bahawa hubungan mereka amat akrab.

Kita dapat lihat, sebelum Allah mengurniakan Madinah Al-Munawwarah kepada umat Islam, mereka diuji terlebih dahulu di Mekah dengan pelbagai mehnah dan cabaran.

Hal ini kerana, tanpa persafahaman dan persaudaraan, negara pasti akan lebih mudah hancur akibat pergaduhan dan pecah-belah yang berlaku.

Malah, dalam Al-Quran Allah ada mengajarkan doa yang perlu dibaca untuk saudara-saudara kita sama ada yang masih hidup atau sudah tiada. Hal ini menunjukkan bahawa persaudaraan tidak seharusnya dipandang enteng dan perlu dijaga.

وَالَّذِينَ جَاءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

Mafhum: “Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas Kasihan dan RahmatMu.” (Surah Al-Hashr, 59:10)

Panjangkanlah silaturahim dan jaga hubungan sesama manusia sama seperti anda berusaha untuk menjaga tali hubungan dengan Allah. Kedua-duanya saling berkait kerana Allah bukan hanya akan melihat kepada amalan anda namun juga tali silaturahim yang diikat.

Wallahu a’alam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami