Tokoh

Al-Mawardi: Ahli Sains Politik Pertama Dunia Islam

Oleh Anas  •  19 Jun 2017  •  2 min baca

Beliau dilahirkan di Basrah pada tahun 972 Masihi yang pada masa itu dikenali sebagai pusat pendidikan di dalam dunia Islam. Abu al-Hasan Ali Ibn Muhammad Ibn Habib al-Mawardi lahir dalam keluarga yang menjual air mawar. Dari situlah beliau mendapat gelaran al-Mawardi.

Al-Mawardi mendapat pendidikan awalnya di tempat kelahirannya itu juga. Beliau kemudian menumpukan pengajian dalam bidang Fiqh dari seorang pakar undang-undang iaitu Abu al-Wahid al-Simari. Pengajiannya dilanjutkan lagi selepas itu. Kali ini membawa beliau ke Baghdad untuk menuntut ilmu dengan Sheikh Abd al-Hamid dan Abdallah al-Baqi.

Al-Mawardi dianggap sebagai seorang pemikir terkemuka dalam bidang sains politik semasa hayatnya. Pemikirannya memberikan sumbangan yang cukup besar kepada perkembangan bidang tersebut, termasuklah sains dan teknologi.

Kecekapan al-Mawardi dalam etika jurisprudens(perundangan), sains politik, sosiologi serta sastera membantu beliau mendapat kerjaya yang dihormati. Selepas dilantik menjadi Qadi atau Hakim, kerjayanya terus maju sehingga beliau dinaikkan pangkat menjadi Hakim Besar.

Al-Mawardi juga telah dilantik oleh khalifah Abbasiyyah pada ketika itu iaitu al-Qaim bin Amr sebagai duta. Beliau dihantar ke beberapa buah negara bagi tujuan menjalinkan hubungan baik dengan kuasa-kuasa seperti Buwahids dn Seljukes.

Al-Mawardi meninggalkan warisan berharga iaitu buku-buku yang terkenal seperti Kitab al-Ahkam al-Sultania, Qanun al-Wazarah, dan Kitab Nasihat al-Mulk.

Buku-buku ini membincangkan berkenaan prinsip dalam sains politik, fungsi dan tugas para khalifah, ketua menteri, para menteri, hubungan antara pelbagai unsur awam dan kerajaan. Ia turut menyebut berkenaan langkah menguatkan kerajaan serta memastikan kemenangan di dalam peperangan.

Buku al-Ahkam al-Sultania dan Qanun al-Wazarah telah diterbitkan dan diterjemahkan kepada pelbagai bahasa. Al-Ahkam al-Sultania dianggap sebagai buku pertama fiqh yang didedikasikan untuk implementasi politik dan pentadbiran. Al-Ahkam menjadi rujukan kepada pemikiran tradisional Sunni dan juga pengajian moden berkenaan pemikiran politik Zaman Pertengahan.

Kitab Aadab al-Dunya wa al-Din pula membincangkan hal berkaitan etika. Ia merupakan sebuah buku yang amat terkenal dan masih digunakan di beberapa buah negara Islam. Al-Mawardi meninggal dunia pada tahun 1058 Masihi di Baghdad.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami