Tokoh

Al-Mas’udi: Mengkaji Alam Dengan Pengembaraan

Oleh Anas  •  17 Jun 2017  •  2 min baca

Pakar geografi, ahli fizik, dan ahli sejarah. Itulah Abul Hasan Ali Al-Mas’udi atau nama penuhnya Abul Hasan Ali Ibn Husain Ibn Ali Al-Mas’udi.

Beliau merupakan seorang Arab Mu’tazillah dari keturunan Abdullah Ibn Mas’ud, iaitu sahabat Rasulullah s.a.w. Mas’udi dilahirkan pada penghujung abad ke 9 C.E.

Mas’udi mengembara untuk menyiapkan sebuah bukunya yang bertajuk Muruj-al-Thahab. Di dalam buku tersebut, beliau menulis pengalamannya di pelbagai negara termasuk penduduk dan cuacanya.

Pengembaraannya dimulakan dengan melawat ke Fars pada tahun 915 C.E. Selepas tinggal selama setahun di Istikhar, Mas’udi meneruskan pengembaraannya ke India melalui Baghdad di mana beliau melawat Multan dan Mansoora sebelum kembali ke Fars.

Dari sana, beliau mengembara ke Kirman dan ke India semula. Mansoora pada waktu itu merupakan sebuah bandar terkemuka dan merupakan ibu negeri Sind. Di sekitarnya ada banyak penempatan penduduk yang baru memeluk Islam.

Pada 218 C.E, Mas’udi mengembara ke Gujrat, di mana 10,000 Muslim Arab tinggal di pelabuhan Chamoor Mas’udi juga mengembara ke Deccan, Ceylon, Indo-China dan China. Beliau juga ke Basra melalui Madagasar, Zanjibar dan Oman.

Buku keduanya iaitu Muruj Al-Zaman mengandungi maklumat geografi terperinci, juga sejarah negara yang dikunjungi. Ia disiapkan pada tahun 947 C.E. dan mengandungi 30 volume.

Mas’udi turut menyertakan bahagian tambahan iaitu Kitab al-Ausat yang mengandungi peristiwa sejarah yang disusun mengikut kronologi.

Mas’udi digelar sebagai Herodotus dan Pliny bagi bangsa Arab. Beliau dilihat membuat perubahan dalam seni penulisan sejarah, memperkenalkan unsur analisa, pemikiran dan kritikan yang mana kemudiannya menerima penambahbaikan daripada Ibn Khaldun.

Mas’udi turut menyumbang dalam maklumat mengenai punca gempa bumi pada tahun 955 C.E., perbincangan mengenai Laut Merah dan masalah-masalah lain di dalam sains bumi.

Beliau merupakan penulis pertama yang menyebut mengenai kincir angina yang dicipta oleh Muslim di Sijistan.

Sumbangan Mas’udi juga ada di dalam bidang muzik. Bukunya yang bertajuk Muruj al-Thahab mengandungi maklumat penting mengenai muzik awal Arab dan muzik dari negara-negara lain.

Sebelum meninggal dunia, Mas’udi sempat menyiapkan Kitab al-Tanbih wa al-Ishraf. Ia dilengkapkan pada tahun 957 C.E di mana beliau memberikan rumusan terhadap buku sebelumnya.

Beliau mengatakan memiliki 34 buah buku sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Tanbih. Walau bagaimana pun, hanya 3 yang berjaya diselamatkan atau ditemui.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami