Tokoh

Al-Khawarizmi: Bekerja Kerana Allah

Oleh Anas  •  7 Jun 2017  •  2 min baca

Wajahnya pernah dicetak sebagai setem oleh USSR bagi memperingati tarikh kelahirannya yang ke 1200 tahun. Ini kerana beliaulah pengasas kepada algebra dan algoritma, selain mengukir nama sebagai ahli Matematik, astronomi, dan geografi.

Beliau diakui antara ahli Matematik terhebat yang menjadi pengasas kepada konsep asas Matematik. Malah, beliau turut diberikan gelaran Bapa Algebra.

Nama penuhnya ialah Abu Abdallah Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi. Perkataan “Khawarizmi” adalah merujuk kepada nama tempat kelahiran beliau iaitu Khiva yang terletak di selatan Laut Aral.

Beliau dilahirkan sekitar 780 di bandar Kath, sebahagian daripada Khwarism. Beliau pernah berkhidmat di bawah Khalifah al-Mamun di Baghdad sebagai ahli astronomi.

Al-Mamun adalah yang bertanggungjawab menubuhkan Bayt al-Hikma, iaitu sebuah institusi yang berfungsi seperti perpustakaan dan akademi penyelidikan.

Di dalamnya berkumpul para cendekiawan dari pelbagai latar belakang untuk menghasilkan karya agung sains dan menerjemahkan karya kuno dalam bahasa asing seperti Greek, Sanskrit dan Pahlavi ke dalam bahasa Arab.

Menurut al-Khawarizmi, tujuannya menulis buku algebra adalah bagi memenuhi keperluan masyarakat berhubung hal-hal warisan atau harta pusaka, pembahagian, tuntutan mahkamah, dan perdagangan.

Beliau menganggap kerjanya itu adalah satu bentuk ibadat. Sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang ilmu adalah amat penting terutamanya dalam Matematik sehingga banyak karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa asing.

Beberapa buah buku Al-Khawarizmi telah diterjemahkan kepada bahasa Latin pada awal abad ke 12. Malah, bukunya tentang aritmetik iaitu Kitab Al-Jam’a wal Tafreeq bil Hisab al-Hindi tidak lagi ditemui dalam bahasa Arab tetapi terselamat dalam bahasa Latin.

Gerard dari Cremona dan Robert dari Chester telah menerjemahkan algebra al-Kahwarizmi ke dalam bahasa Latin. Hasilnya, ia digunakan di seluruh dunia sehingga abad ke 16.

Jadual astronominya juga telah diterjemah ke dalam bahasa Eropah dan seterusnya ke dalam bahasa Cina. Bukunya mengenai geografi iaitu Kitab Surat Al-Ard berserta dengan petanya juga telah diterjemahkan.

Peta dunia yang dihasilkan oleh AL-Khawarizmi dipanggil al-Surat al-Ma’muniyya. Ia dikatakan telah dihasilkan semula oleh cendekiawan moden dengan menrujuk kepada maklumat yang ad di dalam Kitab Surat Al-Ard. Kitab Surat Al-Ard telah dijadikan asas dalam pengajian Geografi.

Al-Khawarizmi juga merupakan penulis buku-buku astronomi dan sejarah. Beliau pernah menulis tentang kalendar Yahudi iaitu Istikhraj Tarikh Al-Yahud.

2 buku berkenaan astrolabe iaitu sejenis alat yang digunakan oleh ahli astronomi pada zaman pertengahan untuk mengukur altitude bintang, matahari dan sebagainya bagi tujuan membantu dalam pemanduan arah dalam pelayaran.

2 buah buku beliau yang bertajuk Kitab al-Tarikh dan Kitab Al-Rukhmat, malangnya telah hilang. Kitab Al-Rukhmat adalah buku beliau mengenai jam matahari.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami