Inspirasi

Aku Orang Baik Tapi Kenapa Aku Diuji

Oleh Natirah Azira  •  28 Feb 2019

Dr Sheikh Ramadan Al Buti dalam video di atas menceritakan bahawa beliau pernah ditahan oleh seorang lelaki sewaktu ingin keluar daripada masjid.

Lelaki tersebut berkata kepadanya dengan penuh perasaan,

“Aku ingin tahu, kenapa Allah SWT menimpakan ujian ini kepadaku sedangkan aku tidak melakukan perkara yang Dia tidak suka”

“Apakah musibah yang kamu hadapi?”, tanya Dr Ramadan.

Lelaki tersebut menjawab bahawa anaknya yang masih kecil telah meninggal dunia kerana menghidapi penyakit yang berbahaya.

Lelaki tersebut kecewa dan tidak berpuas hati.

Maka pesan Syeikh Dr Ramadan Al Buti:

Kita hidup di dunia ini bukan dengan syarat-syarat yang telah kita tetapkan kepada Allah, tetapi dengan syarat(qada’ dan qadar) yang telah Allah tetapkan kepada kita.

Dunia adalah tempat kita diberi ujian. Allah akan menguji dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta dan juga jiwa – untuk mengetahui siapakah antara kita yang bertakwa.

Kita adalah hamba, dan sebagai hamba, hakikatnya kita tidak punya kuasa ke atas diri sendiri apatah lagi segala apa yang ada dalam hidup kita.

Segalanya hanyalah pinjaman, dan setiap pinjaman akan kembali semula kepada Allah.

Sumber:

Video dibawakan oleh MutarjimClips


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami