Berita

Aktivis Sweden Berjalan Kaki Bagi Meningkatkan Kesedaran Mengenai Hak Palestin

Oleh Tim Tazkirah  •  1 Jul 2018  •  3 min baca

Apabila Benjamin Ladraa mengambil keputusan untuk berjalan kaki dari Sweden ke Palestin, matlamatnya adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pelanggaran hak asas manusia oleh tentera Israel dan realiti kekejaman kehidupan di bawah pendudukan bagi rakyat Palestin.

Selepas 10 bulan di jalanraya, setelah berjalan merentasi 13 buah negara dengan berjalan kaki, kesedarannya turut berubah dengan cara yang tidak pernah dibayangkan.

Landraa, seorang aktivis Sweden berusia 25 tahun, berlepas dari bandar Gothenburg, Sweden pada 8 Ogos, tahun lepas, berhasrat berjalan kaki ke Jerusalem, satu perjalanan yang hampir 5,000 kilometer merentasi 14 buah negara.

Apabila tiba di Lebanon pada bulan ini, beliau telah berjalan selama hampir setahun, biasanya berjalan selama lapan atau 10 jam sehari.

Tanpa perancangan yang jelas, perjalanannya telah membawa beliau ke laluan yang sama yang digunakan oleh pelarian dan imigran bagi mencari keselamatan dan kestabilan di Eropah – hanya Ladraa mengembara dalam arah bertentangan.

Saya seperti terasa bagaimana berjalan kaki dalam kasut orang lain, kerana orang ramai menyangka bahawa saya seorang imigran, seorang pelarian, terutamanya di Eropah,” kata Ladraa, yang mempunyai rambut hitam berkilat dan berkulit perang gelap disebabkan oleh berjalan kaki beribu-ribu kilometer di bawah matahari dan berjalan dengan bendera Palestin di belakangnya.

Orang ramai sentiasa menghubungi polis mengenai saya…..saya bertemu semuanya dari polis tentera dan perkhidmatan perisikan kepada polis biasa, polis awam, polis anti-pengganas, pasukan SWAT.”

Saya berjumpa dengan beberapa orang pelarian di jalan raya. Ia sungguh sukar,” katanya. “Bagi mereka jika polis datang walaupun sekali, ia akan berakhir. Mereka akan ditangkap dan mereka akan dihantar pulang ke negara di mana mereka mengambil cap jari mengikut peraturan Dublin (biasanya Greece atau Itali).

Pasport saya banyak membantu saya untk masuk. Setiap hari anda akan sedar bahawa ia satu kelebihan bagi seseorang dari Sweden. Mudah untuk mengembara. Anda tidak pernah terfikir mengenainya sehinggalah anda sedar betapa sukarnya bagi orang lain dalam sistem yang sangat tidak adil ini.

Namun, tidak semuanya mudah. Ladraa teringat pada waktu malam tidur di bangunan tinggal, tidur dalam keadaan lapar dan haus, menarik kereta sorong bagi membawa beg yang berat dan khemah melalui satu meter salji pada musim sejuk di Bulgaria.

Masyarakat sukar untuk melihat mengapa saya melakukan ini,” katanya. “Ia untuk membebaskan Palestin. Banyak saya pelajari mengenai bagaimana aktivisme yang efektif. Apa yang anda boleh lakukan sebagai individu?

Pertama kali Ladraa menyedari kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Palestin apabila menjalinkan persahabatan dengan keluarga Palestin yang tinggal di Sweden.

Dia mendengar kisah-kisah rumah rakyat Palestin dirampas oleh peneroka-peneroka Israel, diskriminasi bersistematik penahanan sewenang-wenangnya dan keganasan.

Dia kembali ke Sweden berazam melakukan sesuatu untuk menentang apa yang dilihatnya sebagai satu kaedah aparteid.

Saya percaya bagi membolehkan kemajuan dilakukan kita perlu memberi tekanan ke atas Israel bagi memberhentikan jenayah mereka terhadap rakyat Palestin,” katanya.

Kaedah untuk memberi tekanan adalah dengan cara mendapatkan seramai orang yang mahukannya dan ambil tindakan, dan untuk menggalakkan orang ramai mengambil tindakan dengan memberitahu mereka mengenai keadaan itu, kerana kebanyakannya tidak tahu.

Ketika dia berjalan, Ladraa telah menetapkan bahawa dia perlu bercakap mengenai kehidupan di bawah pendudukan kepada seramai orang yang boleh, memberi ceramah dan wawancara di mana sahaja dia sempat.

Dia telah bertemu dengan rakyat Palestin yang terpaksa berpindah tinggal di setiap negara dalam sepanjang perjalanan, menjemput mereka untuk menceritakan kisah mereka, yang mana dia berkongsi dengan 11,500 pengikutnya di halaman instagram (@walktopalestine).

Penulis: India Stoughton / Penterjemah: Mohd Khairil Hisham / Sumber: The National

Kredit Gambar: Instagram Benjamin Ladraa


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

tzkrh.com merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami