Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) telah mengumumkan SOP terkini pelaksanaan majlis akad nikah.
Ia hanya dibenarkan untuk dilakukan di Ibu Pejabat JHEAT atau Pejabat Agama Daerah (PAD) sahaja dengan jumlah kehadiran seramai 15 orang (dewasa).
Justeru, pelaksanaan akad nikah di masjid, surau atau tempat lain adalah tidak dibenarkan melainkan telah mendapat kelulusan khas daripada Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju’ (NCR) Orang Islam Negeri Terengganu atau Pendaftar NCR Daerah.
Kehadiran pula diberikan keutamaan kepada:
#1 – Jurunikah
#2 – Pengantin lelaki
#3 – Pengantin perempuan
#4 – Wali (1)
#5 – Saksi bagi pengantin lelaki (2)
#6 – Saksi bagi pengantin perempuan (2)
Kanak-kanak dan warga emas adalah tidak dibenarkan hadir, manakala nama hadirin yang hadir juga hendaklah didaftarkan dan diserahkan kepada PAD.
Tempoh masa akad nikah juga hendaklah tidak melebihi 30 minit dan hanya meliputi akad nikah, sementara adat-adat lain adalah tidak dibenarkan.
Sementara itu, kursus praperkahwinan juga diumum ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
Sumber:
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Kempen Dakwah Digital
Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.