Inspirasi

Ajarkan Kepada Anakmu Cintakan Rasulullah

Oleh Zulfikar Egar  •  21 Nov 2018  •  3 min baca

Siapa yang tidak kenal akan Abu Lahab. Seseorang yang satu ketika dahulu begitu teruja dan terlampau gembira ketika Nabi S.A.W dilahirkan sehingga memerdekakan hambanya sendiri iaitu Suaibah.

Bahkan Abu Lahab ini juga turut membantu menyediakan hantaran yang cukup bernilai ketika Rasulullah S.A.W ingin meminang dan berkahwin dengan Saidatina Khadijah binti Khuwailid R.A.

Namun, semua itu tidak bermakna kerana Abu Lahab enggan menerima dan menyahut seruan Rasulullah S.A.W supaya memeluk Islam sehinggalah dia mati dalam keadaan kufur.

Kita boleh lihat, setelah baginda Nabi dilantik menjadi rasul dah berdakwah meninggikan kalimah tauhid. Abu Lahab yang merupakan bapa saudara baginda inilah yang kuat menganggu dan mengecam dakwah Rasulullah dengan berkata:

“Dia (Muhammad) sebenarnya mengajak kamu meninggalkan agama nenek moyang kamu”.

Tetapi cinta para sahabat Nabi tidak seperti cinta Abu Lahab. Bahkan cinta mereka lebih daripada itu.

Cinta sahabat R.A kepada baginda S.A.W adalah setulus dan suci murni kerana para sahabat ini sanggup bergadai nyawa untuk menyebarkan ajaran dan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia walaupun baginda Nabi telah wafat.

Para sahabat inilah yang bekerja, berusaha dan bercakap tentang Islam walaupun yang datang mendengar hanya beberapa orang.

Namun mereka ini lebih baik daripada kita pada zaman ini, kerana, walaupun pada satu ketika bilangan mereka sedikit ketika menyampaikan Islam. Tetapi mereka lebih berkualiti dan lebih baik dari kita yang ramai tetapi seperti buih air di lautan.

Bahkan bukan itu sahaja tanda cinta mereka kepada Nabi. Para sahabat Nabi ini juga turut mengajarkan sirah Nabi kepada anak-anak mereka seperti mana mereka mengajarkan surah dari Al-Qur’an.

Mereka bukan sekadar berdakwah dan menyebarkan Islam tetapi turut menyemaikan perasan cinta kepada Nabi ke dalam hati anak-anak mereka.

Kata Ali bin Al-Husain bin Ali bin Abu Talib R. A
“Dahulu diajarkan kepada kami ‘Maghozi Nabi’ (sirah Nabi) sebagaimana diajarkan kepada kami surah dari Al-Qur’an”

Saad Bin Abi Waqqas R.A pernah berpesan kepada anaknya Muhammad Bin Saad akan kepentingan belajar Sirah Nabi, dan anaknya itu berpesan pula kepada cucunya.

Pesan Saad Bin Abi Waqqas R.A pada anaknya,

“Ajar mereka tentang kehidupan Nabi. Ceritakan peristiwa yang berlaku dalam hidup Nabi. Cerita pada generasi berikutnya. Pesan pada generasi yang datang kemudian yang tidak pernah jumpa Nabi.

Katakan,

Ini adalah warisan daripada ayah-ayah kamu. Ini warisan daripada nenek moyang kamu.
Cerita tentang Nabi, cerita kehidupan Nabi, cerita tentang Sirah Nabi adalah warisan dan pusaka yang mesti dipelihara.

Jangan kamu sia-siakan. Kamu kena bercerita kepada generasi berikutnya supaya mereka boleh mengenal dan menghayati ajaran Nabi S.A.W”.

Justeru itu, semangat dan sikap inilah yang perlu dicontohi oleh kita andai kita mencintai Rasulullah SAW.

Antara kitab atau buku sejarah yang boleh dirujuk pada zaman sekarang ialah Fiqhus Sirah an Nabawiyah oleh Munir Muhammad Ghodban, Fiqhus Sirah oleh Said Ramadhan al-Bouti, dan Al-Rahiq al-Makhtum oleh Shaikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. Kitab Al-Rahiq al-Makhtum ini boleh didapati dalam versi pdf di internet, malah sudah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

Semoga usaha kita untuk lebih mengenali baginda akan menambahkan cinta InsyaAllah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Zulfikar Egar

Zulfikar Egar

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan dan Pembangunan Keusahawanan di Kuala Lumpur Metropolitan University College. Pernah bertugas sebagai Penolong Eksekutif di Pusat Pengajian Islam Yayasan Ta’lim TTDI KL. Kini bertugas di SmartStuday & Consultant Sdn. Bhd. sebagai Eksekutif Jualan SmartStudy.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami