Hukum

Adakah Pengimejan Ultrasound Itu Juga Aurat Bagi Wanita

Oleh Fieyzah Lee  •  31 Oct 2019  •  2 min baca

Pengimejan ultrabunyi yang dikenali sebagai sonography atau ultrasonography adalah teknik yang menggunakan gelombang bunyi untuk menghasilkan imej.

Ia biasanya akan dilakukan oleh pakar-pakar perubatan atau doktor untuk membantu mengenal pasti serta merawat penyakit tertentu.

Antara kegunaan ultrabunyi yang terkenal dalam bidang perubatan ialah fetal ultrasound yang digunakan untuk menilai perkembangan janin dan memeriksa sebarang ketidaknormalan fizikal, abdominal ultrasound yang digunakan untuk memeriksa organ dalam abdomen termasuk hati, pankreas dan buah pinggang serta banyak lagi.

Prosedur ini bermula dengan meletakkan alat tranduser secara langsung dan digerakkan secara langsung pada permukaan kulit pesakit.

Ada juga yang dimasukkan secara terus ke dalm rongga badan pesakit dengan menggunakan tranduser khas, iaitu transvaginal (endovaginal), transrectal (endorectal) dan transesophageal (endoesophageal).

Buat ibu mengandung, kebiasaannya mereka akan membuat ultrabunyi untuk memeriksa kandungan dan memastikan ia berada dalam keadaan baik serta untuk memeriksa jantina bayi sama ada ia lelaki atau perempuan.

Kebiasaannya, segelintir daripada mereka akan berkongsi berita gembira ini di media sosial seperti memuat naik di laman Instagram atau menyebarkan ke dalam kumpulan perbualan WhatsApp.

Namun, sebahagian daripada kita tertanya-tanya, apakah hukum yang sebenar berkongsi gambar atau rakaman ultrabunyi ini kepada tatapan umum kerana ada yang berpendapat bahawa ia merupakan organ dalaman wanita yang perlu disembunyikan.

Apa Itu Janin

Melalui Mukhtarus Shihah, janin adalah anak yang masih berada dalam kandungan ibunya. Janin yang berasal daripada Bahasa Arab membawa maksud perkara yang tersembunyi.

Ia berada di dalam rahim ibu dan berkembang menjadi bayi. Kantung janin ialah salah satu anggota yang tersembunyi di dalam badan.

Oleh itu, wujud beberapa pendapat mengenai perihal ini, iaitu ada yang mengatakan bahawa ia termasuk dalam salah satu aurat wanita manakala ada yang mengatakan bahawa ia bukan.

Namun, menurut jawapan yang dilontarkan oleh Mufti Wilayah, ia merupakan aurat yang tidak termasuk dalam aurat fizikal yang haram dilihat secara langsung. Ia sama juga dengan organ dalaman lain seperti limpa, buah pinggang, gambar x-ray dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, perbuatan menunjukkan gambarnya kepada mana-mana pihak terutamanya yang bukan mahram adalah tidak digalakkan bagi menolak kepada berlakunya fitnah atau mengundang kepada syahwat.

Oleh itu, menurut pandangan jumhur ulama’ termasuk mufti wilayah, mereka berpendapat bahawa tidak boleh menunjukkan kepada orang melainkan untuk tujuan perubatan dan sebagainya.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Myhealth.gov.my
Mufti Wilayah
Al-Manhaj.or.id


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami