Gaya Hidup

Adakah Makhluk Yang Jauh Lebih Halus Dari Zarah?

Oleh Abdullah Bukhari  •  2 Dec 2019  •  3 min baca

Keluasan pengetahuan Allah yang menjangkau seluruh alam semesta. Subhanallah! Ringkas sahaja Allah mengutarakan keluasan ilmu-Nya.

Hanya dengan menggunakan beberapa patah perkataan, lantas segera terserlah bicara agung Allah. Rahsia keajaiban ini mampu dilihat manusia apabila tadabbur sebenar menjadi teras pembacaan al-Quran:

وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا لَا تَأْتِينَا السَّاعَةُ قُلْ بَلَى وَرَبِّي لَتَأْتِيَنَّكُمْ عَالِمِ الْغَيْبِ لَا يَعْزُبُ عَنْهُ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَلَا فِي الْأَرْضِ وَلَا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْبَرُ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Dan orang yang kafir berkata:”Hari kiamat itu tidak akan datang kepada kami”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu”. tiada tersembunyi dari pengetahuannya barang seberat debu yang ada di langit atau di bumi, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu atau yang lebih besar melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata Surah Saba’ 34:3

Bicara seakan sama pernah disebut dalam ayat lain:

وَمَا تَكُونُ فِي شَأْنٍ وَمَا تَتْلُو مِنْهُ مِنْ قُرْآَنٍ وَلَا تَعْمَلُونَ مِنْ عَمَلٍ إِلَّا كُنَّا عَلَيْكُمْ شُهُودًا إِذْ تُفِيضُونَ فِيهِ وَمَا يَعْزُبُ عَنْ رَبِّكَ مِنْ مِثْقَالِ ذَرَّةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَلَا أَصْغَرَ مِنْ ذَلِكَ وَلَا أَكْبَرَ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُبِينٍ
Dan tidaklah engkau (wahai Muhammad) dalam menjalankan sesuatu urusan, dan tidaklah engkau dalam membaca sesuatu surah atau sesuatu ayat dari Al-Quran dan tidaklah kamu (wahai umat manusia) dalam mengerjakan sesuatu amal usaha, melainkan adalah Kami menjadi saksi terhadap kamu, ketika kamu mengerjakannya. Dan tidak akan hilang lenyap dari pengetahuan tuhanmu sesuatu dari sehalus-halus atau seringan-ringan yang ada di bumi atau di langit, dan tidak ada yang lebih kecil dari itu Dan tidak ada yang lebih besar, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab yang terang nyata Surah Yunus 10:61

Kedua-dua ayat di atas mempunyai mesej tersendiri untuk manusia sama ada ia merujuk kepada kepastian berlakunya kiamat (Surah Saba’), atau membicarakan tentang dalamnya pengetahuan Allah terhadap gerak laku makhluk (Surah Yunus).

Walau bagaimanapun, kedua-dua ayat seakan bersatu pada mesej lain yang sangat unik iaitu suatu hari nanti manusia bakal menemui makhluk yang jauh lebih halus dari zarah.

Untuk bicara manusia zaman penurunan wahyu, ilmu mereka yang terbatas cuma mengenal zarah sebagai makhluk terkecil yang mampu diketahui manusia.

Soalnya mengapakah Allah masih mengungkapkan secara umum lafaz – وَلَا أَصْغَرُ مِنْ ذَلِكَ – “dan tidak ada yang lebih kecil dari itu?” Tidak lain, Allah seakan memberikan pengajaran kepada manusia bahawa suatu hari nanti kamu wahai manusia bakal menemui makhluk yang jauh lebih kecil dari zarah debu.

Benar sekali, setelah ilmu manusia semakin berkembang, mereka mampu menemui makhluk yang jauh lebih halus dari zarah debu tanpa mengira apa namanya, atom, proton, sel, virus, kuman dan sebagainya.

Perlu diingat, al-Quran adalah kitab petunjuk dan bukannya buku sains. Namun begitu, inilah caranya al-Quran menyinggung aspek saintifik dalam bicaranya.

Tinggal lagi cuma kita yang perlu rajin mengkaji untuk mencari rahsia alam ciptaan Allah di alam semesta. Ayuhlah bersama kita tadabbur al-Quran agar sinar ilmu semakin terserlah ke dalam minda kita.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Abdullah Bukhari

Abdullah Bukhari

Beliau merupakan seorang Sarjana Usuluddin (Tafsir Al-Quran) dan kini menjadi seorang pensyarah di Jabatan Tilawah Al-Quran, Pusat Bahasa, UIAM. Beliau juga merupakan pemikir dan penulis Nota Tafsir Wartawan al-Quran yang kerap dikongsikan bersama pembaca, lebih-lebih lagi pengguna Facebook. Selain daripada itu, penulisan beliau juga kerap tersiar di akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami