Inspirasi

Adakah Kita Termasuk 3 Golongan Yang Disayangi Allah

Oleh Natirah Azira  •  16 Nov 2018

Siapakah golongan khusus yang disayangi Allah ini?

“Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;” (Surah Ali Imran, 3:134)

#1- Orang Yang Bersedekah Di Masa Senang Dan Susah

Bersedekah di masa senang dan kaya tidaklah terlalu berat, namun bersedekah di waktu harta tidak seberapa malah keperluan hidup sendiri pula perlu dipenuhi memang benar-benar suatu yang menguji. Orang seperti ini, hatinya tidak terikat dengan harta dunia. Susah atau senang hidupnya tidak mempengaruhi amal ibadah dan khidmatnya kepada manusia.

#2- Orang Yang Menahan Kemarahannya

Orang yang mampu menahan kemarahan adalah orang yang ada kesabaran yang tinggi. Berkali-kali kita diingatkan supaya ‘jangan marah’, tidak kiralah kepada manusia, keadaan ataupun apa sahaja. Suatu yang sukar, namun jika dapat dicapai, maka tidak mustahil lah ianya punya nikmat dan ganjaran yang sangat besar di sisi Allah.

#3- Orang Yang Memaafkan Kesalahan Orang Lain

Orang yang memaafkan kesalahan orang lain adalah orang yang mempunyai hati yang kuat. Mengapa? Kerana walaupun disakiti dan dilukai mereka kuat untuk menyembuhkan kembali hati sendiri, menghapus dendam dan juga kemarahan. Natijahnya, mereka disayangi Tuhan.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Pernah mendalami bidang Psikologi selama dua tahun dan sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Kaunseling di Universiti Sains Malaysia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami