Ibadah

Adakah Kita Golongan Yang Dicari Malaikat Ini

Oleh Natirah Azira  •  27 Apr 2019

(Perkongsian dalam video di atas telah dibawakan oleh IluvUAllah)

Diceritakan dalam satu hadis sahih bahawa ada segolongan malaikat yang tugasnya bergerak mencari mereka yang berkumpul untuk mengingati Allah. Apabila mereka menjumpainya, mereka akan memanggil malaikat-malaikat yang lain untuk duduk bersama orang-orang yang berzikir mengingati Allah. Mereka akan mengelilingi orang-orang ini sehingga mencapai ke langit dunia.

Lalu Allah bertanya kepada para malaikat; “Apakah yang sedang dilakukan oleh hamba-hambaku (hakikatnya Allah lebih tahu)”

Lalu malaikat menjawab; “Mereka mensucikanMu (mengucapkan tasbih – Subhanallah), mereka membesarkanMu (mengucapkan takbir – Allah Akbar), mereka memujiMu (mengucapkan Alhamdulillah), mereka mengagungkanMu”

Allah bertanya lagi, “Apakah mereka melihatKu?” Mereka menjawab, “Tidak, demi Allah, mereka tidak melihatMu”.

“Bagaimana seandainya mereka melihatKu?” Mereka menjawab, “Seandainya mereka melihatMu, tentulah ibadah mereka menjadi lebih kuat kepadaMu, lebih mengagungkanMu, lebih mensucikanMu”.

“Lalu, apakah yang mereka minta kepadaKu?” Mereka menjawab, “Mereka minta syurga kepadaMu”

“Apakah mereka melihatnya?” Mereka menjawab, “Tidak, demi Allah, Wahai Rabb, mereka tidak melihatnya”.

“Bagaimana seandainya mereka melihatnya?” Mereka menjawab, “Seandainya mereka melihatnya, tentulah mereka menjadi lebih semangat dan lebih banyak meminta serta lebih besar keinginan”.

“Lalu, dari apakah mereka minta perlindungan kepadaKu?” Mereka menjawab, “Mereka minta perlindungan dari neraka kepadaMu”.

“Apakah mereka melihatnya?”

“Tidak, demi Allah, wahai Rabb. Mereka tidak melihatnya.”

“Bagaimana seandainya mereka melihatnya?” Mereka menjawab, “Seandainya mereka melihatnya, tentulah mereka menjadi lebih menjauhi dan lebih besar rasa takut (terhadap neraka).”

Allah berkata, “Aku mempersaksikan kamu, bahawa Aku telah mengampuni mereka.”

Satu malaikat diantara para malaikat berkata, “Di antara mereka ada Si Fulan. Dia tidak termasuk mereka (yakni tidak ikut berzikir). Sesungguhnya dia datang hanyalah kerana satu keperluan.”

Allah berkata, “Mereka adalah orang-orang yang duduk. Teman duduk mereka tidak akan celaka (dengan sebab mereka)”

Betapa istimewanya orang-orang yang berkumpul lalu menyebut dan mengingati Allah. Hinggakan di penghujung hadis ini disebut bahawa orang yang hadir kerana sebab tersendiri dan bukan untuk berzikir mengingati Allah pun mendapat rahmat daripada Allah berkat orang-orang yang berzikir. Segala puji bagi Allah Yang Penuh Dengan Sifat Pemurah.


Kongsikan Video Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan video ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami