Hukum

Adakah Janggut Juga Perlu Dibasuh Ketika Berwuduk

Oleh Fieyzah Lee  •  14 Jul 2020  •  2 min baca

Salah satu rukun wuduk ialah membasuh seluruh muka bermula daripada tempat tumbuh rambut (bahagian atas) sehingga bahagian paling bawah dagu dan bermula daripada telinga kanan sehingga ke telinga kiri.

Jadi, wajib membasuh kesemua yang ada pada muka, iaitu bulu kening, misai dan janggut. Namun, bagi kaum lelaki yang menyimpan janggut dengan agak panjang atau terlalu lebat, adakah diwajibkan untuk membasahkan keseluruhan janggutnya?

Dalam hal ini, jumhur ulama berpendapat bahawa, keadaan membasahkan janggut bergantung kepada dua situasi, iaitu;

#1 – Janggut Yang Nipis

Jika janggut tersebut nipis dan pendek sahaja, maka diperlukan membasuhnya secara zahir dan batin. Ertinya ialah dengan membasahkan ia bagi menghilangkan kekotoran.

#2 – Janggut Yang Tebal

Buat jangut yang tebal dan panjang, jumhur ulama berpendapat bahawa cukup sekadar membasahkan sedikit kerana air sukar untuk memasuki helaian-helaian rambut tersebut.

Pada awalnya, jika tiada janggut, bahagian dagu tersebut wajib dibersihkan semasa berwuduk. Syeikh Zakaria Al-Ansari berkata:

Maksud: “Membasuh muka, iaitu di antara permulaan tempat tumbuh di kepala dan di bawah tempat kesudahan tulang rahang. Aku menambahkan perkataan bawah kerana akhir tulang rahang juga termasuk dalam bahagian muka.”

Tetapi, apabila wujudnya janggut, maka keadaan ini boleh berubah. Jika janggut tersebut nipis, maka ia tiada masalah. Kewajipan itu tetap sama.

Namun, apabila janggut itu panjang dan tebal, ia menyukarkan air untuk memasuki bahagian dagu dan di celah-celah janggut. Jadi, tidak perlu dibasahkan janggut itu secara keseluruhan.

Walau bagaimanapun, perlu dipastikan bahawa janggut itu sentiasa bersih. Apabila mandi, pastikan ia dicuci dengan baik agar tidak menghalang individu daripada melakukan ibadah.

Wallahu a’alam.

Rujukan:
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fieyzah Lee

Fieyzah Lee

Merupakan seorang pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami