Gaya Hidup

Adakah Emas Yang Dipakai Tidak Perlu Dikenakan Zakat?

Oleh Natirah Azira  •  11 Aug 2020  •  2 min baca

Adakah anda pernah mendengar bahawa emas yang dipakai tidak perlu dikenakan zakat? Ada yang mengatakan bahawa emas yang perlu dikenakan zakat hanyalah yang tidak dipakai dan disimpan sahaja.

Malangnya, ini adalah suatu pemahaman yang salah. Perhiasan emas yang dipakai tetap perlu dikeluarkan zakat jika sudah cukup kadar uruf semasa. Kadar uruf ini pula berbeza-beza mengikut negeri.

Contohnya kadar uruf semasa emas di Selangor ialah sebanyak 800 gram. Justeru berat emas yang melebihi kadar tersebut yang perlu dizakatkan.

Emas Yang Dipakai

Pengiraan zakat emas yang dipakai adalah seperti berikut.

Contoh:
Puan Ainon memakai emas yang mempunyai berat sebanyak 900 gram.

[(Berat emas – uruf) x harga emas semasa x 2.5%]
(900 gram – 800 gram) x RM 144.38 = RM14,438 x 2.5% = RM360.95

*harga emas semasa ialah harga emas bagi 1 gram.

Emas Yang Disimpan

Manakala bagi emas bukan perhiasan pula, tidak kira dalam apa bentuk sekalipun perlu dizakatkan jika cukup nisab sebanyak 85 gram. Pengiraan bagi emas bukan perhiasan adalah seperti berikut:

Contoh:
Puan Ainon memiliki jumlah emas dengan berat sebanyak 200 gram.

Timbangan emas x harga emas semasa x 2.5% = Jumlah zakat
200 gram x RM 144.38 X 2.5% = RM 721.90

Demikian pengiraan bagi zakat emas yang perlu dikeluarkan. Ia bukan hanya perlu diambil perhatian oleh golongan wanita sahaja, namun golongan lelaki yang turut mempunyai simpanan emas. Ambil cakna dengan harta yang dimiliki agar tanggungjawab penunaian zakat kita tertunai.

Rujukan:
Zakat Selangor


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami