Inspirasi

Adakah Allah Berada Di Mana-Mana?

Oleh Fizah Lee  •  28 Oct 2020  •  2 min baca

Jika ada anak kecil yang mengajukan persoalan kepada anda; “Allah itu ada di mana?”

Apa yang anda akan jawab? Sebelum kita melihat kepada jawapannya, ada sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Anas bin Malik RA bahawa Baginda SAW bersabda:

Maksud: “Apalah masalahnya dengan kelompok manusia yang mengangkat pandangan mereka ke langit di dalam solat mereka.”

Baginda kemudian menegaskan: “Hendaklah mereka berhenti dari melakukan hal tersebut atau akan dihilangkan penglihatan mereka (menjadi buta).” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 750)

Melalui hadis ini, jumhur ulama berpendapat bahawa hukum solat memandang ke arah langit adalah makruh. Mengapa perbuatan memandang ke langit ketika solat dimakruhkan?

Sebelum ini, ada dalam kalangan umat Islam yang menunaikan solat dengan mendongak ke arah langit.

Ia seolah-olah menunjukkan bahawa tempat Allah adalah di langit. Namun, itu adalah pemahaman yang perlu diperbetulkan.

Allah itu wujud tidak bertempat, tetapi kuasa Allah ada di mana-mana dan Dia sentiasa melihat hambaNya.

Melalui Sharh Al-Suyuti ‘ala Muslim ada menyebut – “Allah bukanlah berada di langit, sama seperti Allah tidak berada di dalam Kaabah. Tetapi, langit merupakan kiblat doa bagi orang yang beriman kepada Allah sedangkan buat mereka yang menyembah berhala tidak memohon pertolongan dariNya.”

Melihat kepada pandangan empat mazhab terkenal juga menyebut bahawa, Allah itu bersemayam di arasyNya, iaitu di langit. Hal ini adalah berdasarkan dalil-dalil yang telah dinyatakan seperti;

الرَّحْمَـٰنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىٰ

Mafhum: “Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.” (Surah Taha, 20:5)

Kesimpulan

Jawapan kepada persoalan ini amat berat untuk dilihat, namun dapat kita faham bahawa sifat Allah itu tidak sama dengan makhluk.

Jika Allah disebut bersemayam di Arasy, maka ia bukanlah sifat yang sama yang kita bayangkan dengan makhluk. SifatNya berbeza dan tidak boleh disamakan dengan makhluk.

Kita berdoa memandang ke langit kerana meyakini bahawa ia adalah perbuatan berharap kepada Allah agar doa itu diangkat kepadaNya dan dimakbulkan.

Kita menunaikan solat dengan memandang ke tempat sujud kerana ia adalah perbuatan merendah diri kepada Allah.

Jadi, Allah itu wujud tidak bertempat, namun Dia sentiasa ada dan dekat dengan hambaNya serta kuasaNya meliputi seluruh alam.

Wallahu a’alam

Sumber:
Al-Manhaj.or.id
Konsultasi Syariah
Rumaysho.com


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fizah Lee

Merupakan seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Bahasa Melayu untuk Komunikasi Antarabangsa. Seorang yang suka membaca bahan bacaan dalam bidang sejarah dan motivasi

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami