Gaya Hidup, Hukum

Ada Penyakit Seperti Joker – Bagaimana Untuk Solat

Oleh Natirah Azira  •  26 Oct 2019  •  2 min baca

Apabila filem Joker mula ditayangkan beberapa minggu lalu, ramai yang telah memperkatakan tentang watak Joker yang dilakonkan oleh Joaquin Phoenix. Ada pihak yang mengulas cerita ini daripada sudut kepedulian sosial, ada yang mengulas daripada sudut kesihatan mental dan lebih ramai lagi yang telah bercakap tentang penyakit saraf yang dihidapi oleh Joker iaitu penyakit Pseudobulbar Effect.

Ia berlaku disebabkan adanya gangguan saraf yang menyebabkan otak gagal mengawal emosi . Penghidapnya tidak dapat mengawal diri dan akan tertawa atau menangis secara tiba-tiba. Ia biasanya akan mengundang masalah dan ketidakselesaan orang ramai kerana mereka tidak dapat mengawal emosi terutama jika berada di khalayak ramai.

Bagaimana Mereka Yang Ada Masalah Mengawal Ketawa Ingin Solat

Dalam perkongsian yang lalu telah diterangkan tentang hukum ketawa dalam solat. Solat dikira batal jika jelas bunyi ketawa (nyata dua huruf/dua bunyi), namun jika tersenyum sahaja maka tidak mengapa.

Manakala dalam permasalahan di atas, seperti mereka yang mempunyai masalah saraf dan menghidap pseudobulbar effect, yang mengakibatkan mereka tidak dapat mengawal ketawa, hukumnya dapat disamakan dengan orang yang mempunyai masalah penyakit batuk yang tidak dapat ditahan juga.

Syaikh Mushtafa Dib Bugha dalam Fiqhul Manhaji, mengatakan bahawa masalah orang yang batuk tidak boleh disamakan dengan orang yang ketawa (bukan kerana penyakit tetapi disebabkan faktor luaran) kerana batuk adalah hal yang tidak dapat dikawal dan ditahan. Maka orang yang ada penyakit dan batuk berkali-kali, tetap tidak membatalkan solat.

Permasalahan ini boleh disamakan dengan penyakit ketawa (pseudobulbar effect) atau masalah lain seperti penghidap Tourette yang tidak dapat mengawal pergerakan sesetengah anggota badan.

Perkara ini dimaafkan dan mereka boleh meneruskan solat seperti biasa. Wallahua’lam.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Natirah Azira

Natirah Azira

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Al-Quran dan Sunnah. Sekarang sedang menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Psikologi di universiti yang sama. Seorang yang suka membaca pelbagai genre bahan bacaan terutama sejarah, sastera, motivasi dan psikologi.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami