Wanita

Perkongsian: Suri Rumah Atau Doktor?

Oleh Rasyidah Rahmat  •  7 Feb 2019  •  4 min baca

Jika saya membuat bancian jumlah wanita yang bekerjaya di masa kini dan yang menjadi suri rumahtangga pastinya masing-masing mempunyai jumlah yang tidak kurang hebatnya.

Dalam konteks ini, bukanlah saya ingin membahas mengenai topik wanita bekerjaya dan suri rumahtangga, siapakah yang lebih penat? Ataupun siapakah yang lebih terbeban? Tidak sama sekali.

Dalam artikel kali ini, saya ingin berkongsi sebuah kisah yang memberi inspirasi buat saya kerana jarang sekali saya berjumpa dengan seorang wanita bergelar doktor.

Namun beliau sanggup melepaskan jawatannya demi menjadi seorang suri rumahtangga yang lebih produktif. Hebat bukan?

Melepaskan Jawatan Keemasan

Semua orang mengetahui pendapatan seorang doktor ini sangat bernilai walaupun kerjanya sangatlah berat. Menjaga, merawat, mendiagnosis, kajian dan penyelidikan dan macam-macam lagi yang ada yang kita tidak tahu.

Ada yang berkongsi pada saya bahawa pengorbanan seorang doktor ini sangat lelah sehingga terpaksa meninggalkan hak diri.

Moga Allah SWT mengganjari setiap pegawai perubatan dan bidang yang sewaktu dengannya agar tetap ikhlas bekerja meskipun menghadapi kelelahan yang amat sangat.

Saya menghormati sosok tubuh seorang wanita yang sudah berkeluarga ini yang berkongsi dengan saya kisah hidupnya sebagai seorang doktor di sebuah hospital kerajaan tetapi memilih untuk menjadi suri rumahtangga demi menjaga kebajikan keluarganya yang lebih baik.

Kata beliau, meninggalkan pekerjaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia ini umpama melepaskan ruang keemasan yang baik untuk masa hadapan.

Tetapi, beliau ikhlas dalam menjadi seorang hamba dan khalifah Allah. Peluang keemasan menjadi seorang isteri yang bertanggungjawab menjaga kebajikan suami yang lebih dituntut menjadi pilihannya.

Menjadi Isteri Yang Bijak Dan Produktif

Walaupun bidang kedoktoran bukan lagi menjadi karier utama, beliau tetap produktif meneruskan hidup dengan menjadi doktor sambilan (Locum Doctor) di sebuah klinik swasta.

Hal ini menjadikan dia tetap dapat berkongsi ilmu yang dipelajari di samping dapat menjaga keperluan suami dan anak-anak dengan lebih baik. Beliau juga aktif dalam menyampaikan ceramah sama ada dalam topik perubatan mahupun aspek pentarbiahan diri seorang Muslim.

Hal ini jelas sekali menjadikan dia seorang suri rumah yang produktif dan memberi manfaat buat orang lain. Sungguh tugas da’i tidak pernah lari daripada sesiapapun dan apapun jenis pekerjaannya.

Duit Boleh Dicari

Tidak dinafikan semua orang suka apabila mempunyai hasil pendapatan sendiri yang menjadikan kita lebih bebas untuk berbelanja keperluan dan kehendak diri.

Pernah juga beliau merasakan kesempitan wang belanja kerana tidak sama apabila kita menjadi seorang yang bekerjaya tetap dan suri rumahtangga.

Namun, percaya dengan rezeki Allah SWT yang Maha Luas. Duit boleh dicari dan boleh diusahakan. Yakin pada Allah setiap hari pasti ada rezeki buat kita. Yang penting ikhlas dalam tawakal.

Soal duit ini memang satu bentuk keperluan yang sangat penting. Lebih-lebih lagi pada kehidupan kita sekarang.

Namun, ada satu hal yang perlu kita perbetulkan bahawa sememangnya untuk menjalani kehidupan kita perlukan duit tetapi untuk merasai nikmat kehidupan kita perlukan rasa kebahagiaan yang bermula dengan erti syukur.

Suri Zaman Sekarang

Bagi saya, bila kita melihat sahaja masyarakat kita sekarang. Tiada lagi istilah isteri yang tidak bekerjaya hanya duduk di rumah goyang kaki.

Saya melihat kebanyakannya mereka sangat bijak mengatur kehidupan dengan melakukan online business, mejadi pengasuh bayi, menjahit pakaian, membuat tempahan kuih, kek dan biskut serta banyak lagi pekerjaan dari rumah yang sangat menguntungkan.

Sehingga mereka boleh dikatakan suri rumah yang bekerjaya. Zaman memang dah berubah, dengan pemodenan yang semakin maju menjadikan wanita bersaing dengan lelaki semakin ramai.

Namun, sebagai wanita tetaplah ingat bahawa mungkin kerjaya kita menjadikan kita seseorang yang hebat di luar sana. Namun, di sisi suami dan keluarga tetaplah berusaha menjadi seseorang yang hebat di mata mereka.

Moga Allah SWT memberi ganjaran pahala yang besar buat semua wanita yang bertungkus-lumus mencari rezeki bagi membantu suami dan keluarganya sama ada dia seorang yang bekerjaya mahupun seorang suri rumahtangga.

Moga-moga saya juga dapat mencontohi wanita-wanita hebat di luar sana! Insya-Allah.

Rujukan;
Perkongsian Dari Dr. Aiza


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Rasyidah Rahmat

Rasyidah Rahmat

Suka mencuba perkara baru dan sangat meminati bidang penulisan dan membaca buku dalam semua genre. Karya pertama yang diterbitkan iaitu dalam siri antologi cerpen Negeri Terengganu. Merupakan mahasiswa tahun akhir sarjana muda syariah di UIN STS Jambi, Indonesia.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami